E-Dompet : Bantuan Istimewa E-Tunai RM100 untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan dewasa M40 dan B40 telah diumumkan. Bagi sedia maklum, pemberian inisiatif tambahan ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.
E-DOMPET : BANTUAN ISTIMEWA E-TUNAI RM100
Baru-baru ini pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat, Menteri Kewangan telah memperkenalkan satu lagi inisiatif baru. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan istimewa kredit e-tunai RM100 akan diagihkan kepada rakyat Malaysia.
Jangan keliru, kredit e-tunai sebelum ini bernilai RM200 ditawarkan kepada golongan mahasiswa menerusi e-belia rahmah. Inisiatif e-tunai RM100 ini ditawarkan kepada kategori dewasa berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan dibawah RM100,000 setahun.
Dengan adanya insentif tambahan RM100 ini, ramai yang akan dapat manfaat kerana purata rakyat Malaysia berada dalam kelompok kategori B40 dan M40. Tidak sama seperti tahun sebelum, bantuan e-dompet hanya diberikan pada golongan mahsiswa, tahun ini golongan dewasa juga akan menerimanya dengan kadar RM100.
KELAYAKAN E-DOMPET : BANTUAN RM100
Berikut adalah syarat kelayakan asas yang telah dimaklumkan oleh kerajaan bagi tebus bantuan RM100 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Golongan dewasa (21 tahun keatas)
- Pendapatan RM100,000 ke bawah (Setahun)
- Kategori B40 & M40
TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN ISTIMEWA E-TUNAI
Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawan bantuan istimewa e-tunai bernilai RM100 seorang ini akan mula dilancarkan pada suku keempat tahun 2023. Ini bermakna bantuan ini akan dilaksanakan paling awal pada bulan Oktober dan paling lewat Disember.
Segala maklumat terkini berkenaan inisiatif khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat. Bantuan ebelia rahmah, STR, SARA antara insentif yang telah diperkenalkan pada sidang BELANJAWAN 2023 oleh Perdana Menteri.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Objektif utama bantuan ditawarkan adalah untuk meringankan beban rakyat yang terjejas terutama golongan B40 dan miskin tegar.
Bagi mereka yang terlepas pandang boleh ke laman utama untuk semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.