BANTUANKerajaanRUMAH

Permohonan Sewa Rumah PPR Secara Bulanan Serendah RM 124

Tahukah anda, pada tahun 2022 sekiranya anda sedang mencari kediaman yang selesa dan murah, terdapat sebuah program dari pihak kerajaan yang dikenali sebagai program Perumahan Rakyat (PPR). Ia merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan setempat kediaman bagi golongan B40 dan berpendapatan rendah.

Untuk makluman, pihak Jabatan Perumahan Negara dibawah seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah merupakan agensi perlaksanaan utama bagi projek perumahan PPR di seluruh Malaysia. Program Rumah PPR terdiri dari 2 kategori iaitu PPR untuk disewa dan PPR untuk dimiliki.

Semua perumahan yang dibina dibawah kedua dua kategori program PPR dimiliki dan disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan serta reka bentuk perumahan kos rendah yang telah ditetapkan dalam standard Perumahan Kebangsaan bagi perumahan kos rendah rumah pangsa.

Program Perumahan Rakyat Untuk Disewa

Untuk makluman, program PPR untuk disewa ini telah dilancarkan bermula pada Ferbruari 2002 dan masih dikekalkan sehingga hari ini untuk tujuan bagi sewaan kepada golongan yang memerlukan dan berpendapatan rendah pada kadar sewa serendah RM 124 sebulan.

Kemudahan Asas Sekitar Rumah PPR

  • Ruang solat (Surau)
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Ruang orang ramai (Dewan Komuniti Masyarakat)
  • Kawasan lapang (Taman Permainan kanak-kanak)
  • Rumah sampah (Tempat pembuangan sampah)

Ciri Rumah Sewa PPR

  • Kawasan Luar Bandar – Jenis Perumahan Teres
  • Kawasan Bandar – Jenis perumahan bertingkat (5 – 18 tingkat)
  • Keluasan – Tidak kurang daripada 700 kaki persegi untuk seunit rumah
  • 3 bilik tidur, 1 ruang dapur, 1 ruang tamu dan 2 bilik air.

Syarat Kelayakan PPR Disewa

  1. Pemohon wajib merupakan Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah semasa RM 3,000 dan kebawah
  3. Pemohon berumur 18 tahun keatas
  4. Pemohon serta pasangan belum pernah memiliki rumah
  5. Mengikut syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan negeri masing-masing.

Permohonan

Jika anda menepati syarat dan berminat, permohonan boleh dibuat dengan mudah secara atas talian (Online). Sila layari Portal Rasmi KPKT – https://sprn.kpkt.gov.my/

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai jenis pakej bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mereka yang memerlukan khususnya bantuan kewangan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah tersedia – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button