Program Bantuan MyLesen B2 Untuk B40 : Semak Kelayakan

Program bantuan Mylesen B2 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan lesen memandu yang ditawarkan kepada golongan B40. Bagi pengetahuan umum, inisiatif berbentuk bantuan lesen ini baru diperkenalkan pada tahun ini.
PROGRAM BANTUAN MYLESEN B2
Untuk makluman, program bantuan mylesen B2 ini adalah sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Perlaksanaan program khas ini bertujuan untuk memperkasa golongan B40 khususnya kumpulan para belia yang terjejas disebabkan pendemik yang melanda negara beberapa tahun.
Dengan adanya program khas ini dapat membantu mereka yang layak bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 jenis motorsikal. Secara tidak langsung dapat membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosial ekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan sektor ekonomi gig.
Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah menanggung sepenuhnya kos ujian dan latihan untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2. Program khas ini akan ditawarkan kepada kira-kira 9,000 peserta yang menepati kriteria kelayakan.
KRITERIA KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi menyertai program bantuan khusus untuk golongan B40 ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas (Pada tahun 2023)
- Sihat tubuh badan serta mental
- Masih belum pernah memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas dari senarai hitam JPJ, Mahkamah dan PDRM
- Penerima bantuan (Zakat/ ekasih/ baitulmal/ JKM)
- Tanggungan kepada penerima bantuan turut layak memohon
- Penerima yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan akan dihubungi melalui emel dan surat
SEMAKAN TERPERINCI
Kepada mereka yang menepati kelayakan, semakan penuh bagi menyertai program inisiatif khas untuk golongan B40. Sila layari laman rasmi bantuan MyLesen DI SINI
Penyertaan program ini ditawarkan kepada penerima bantuan kerajaan seperti di bawah :
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- EKasih
- Zakat
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- Baitulmal
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
MAKLUMAT LANJUT
Selain program bantuan Mylesen B2 ini, terdapat lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.