BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

Bayaran STR RM300 & RM500 : Dikreditkan Untuk Kategori Ini

Bayaran STR RM300 & RM500 akan dikreditkan untuk kategori isi rumah M40 (Pendapatan RM5,000) pada fasa keempat nanti. Seperti sedia maklum, pemberian sumbangan tunai rahmah kini tinggal satu sahaja lagi fasa pembayaran.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada sidang Belanjawan 2023. Insiatif yang dimaksudkan adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR.

Program bantuan khas ini akan melibat 3 kategori kelayakan utama iaitu isi rumah (keluarga), warga emas dan bujang. Kadar bayaran bantuan yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 dan jumlah tertakluk kepada kategori dan bilangan tanggungan.

TARIKH BAYARAN STR

Berikut adalah tarikh jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah yang telah ditetapkan tahun ini seperti di bawah :

  • Bayaran STR fasa 1 – Januari 2023
  • Bayaran STR fasa 2 – April 2023
  • Bayaran STR fasa 3 – Jun 2023
  • Bayaran STR fasa 4 – November 2023

Info : Sehingga hari ini, pembayaran bagi STR fasa 1 hingga fasa 3 telahpun selesai dibayar. Kini hanya berbaki fasa 4 yang dijadualkan akan diagihkan bermula November 2023.

BAYARAN STR RM300 & RM500

Untuk makluman, bayaran bantuan RM300 & RM500 STR yang akan diberikan pada fasa 4 nanti akan diberikan kepada kategori berikut :

  • Isi rumah M40 bilangan anak 3-4 : RM300
  • Isi rumah M40 bilangan anak 5 dan ke atas : RM500

KADAR BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI ISI RUMAH B40 

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 : RM600
  • Mempunyai bilangan anak 3-4 : RM900
  • Mempunyai bilangan anak 5 dan ke atas : RM1,200

ISI RUMAH M40 

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 : Tiada bayaran
  • Mempunyai bilangan anak 3-4 : RM300
  • Mempunyai bilangan anak 5 dan lebih : RM500

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas : RM200
  • Bujang : Tiada bayaran

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Kepada penerima sedia ada dan permohonan rayuan, anda boleh membuat semakan status bayaran STR mengikut fasa. Untuk semak, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Selain STR, terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button