Akaun 1 KWSPKWSPPengeluaran KWSPPengeluaran Penuh

Jenis Pengeluaran KWSP Akaun1 : Yang Diluluskan Pada Tahun Ini

Untuk makluman, terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP akaun1 yang diluluskan pada tahun ini kepada ahli yang berkelayakan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pencarum pada tahun ini.

JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN1 & AKAUN2

Kemudahan pengeluaran KWSP kini terbahagi kepada 2 kategori iaitu melalui simpanan akaun1 dan akaun2. Pengeluaran KWSP akaun 1 boleh dilakukan secara penuh, manakala akaun 2 untuk pengeluaran sebahagian berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Kepada pencarum/ ahli KWSP yang terlepas pandang, sebenarnya anda boleh membuat pengeluaran wang simpanan anda. Berikut adalah beberapa jenis pengeluaran KWSP akaun1 & akaun2 secara penuh yang dibenarkan.

PENGELUARAN 55 TAHUN

Pencarum KWSP yang telah mencapai umur matang 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka. Hal ini kerana simpanan akaun 1 dan akaun 2 akan disatukan menjadi akaun 55.

Kepada ahli yang membuat pilihan untuk meneruskan pekerjaan selepas melepasi umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukan dalam akaun emas. Simpanan tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun.

KEHILANGAN UPAYA

Untuk kategori ahli yang mengalami masalah hilang upaya sehingga menjejaskan melakukan pekerjaan, pengeluaran penuh simpanan KWSP boleh dilakukan. Ahli perlu sertakan surat pengesahan dari pegawai perubatan, ahli juga akan menerima insentif RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya bagi meringankan beban kewangan.

KEMATIAN

Sekiranya ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan KWSP boleh dilakukan oleh waris terdekat. Pihak KWSP amat menyarankan para pencarum untuk membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran jika berlaku kematian.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan untuk tujuan berhijrah ke negara lain. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

PESARA PILIHAN & PEKERJA BERPENCEN

Kepada ahli yang berstatus pekerja berpencen dan pesara pilihan boleh membuat pengeluaran penuh KWSP. Skim pengeluaran pekerja berpecen (SPPB) membolehkan ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberi taraf pencen untuk mengeluaran simpanan mereka.

CARA MOHON

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran penuh KWSP untuk tujuan peribadi seperti diatas. Sila semak syarat-syarat dan cara mohon yang telah disediakan, layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button