i-AkaunKWSP

Panduan Mudah Daftar I-Akaun KWSP ~ Tanpa Perlu Beratur Di Kaunter

Untuk makluman semua, terdapat ramai lagi diantara ahli yang masih tidak tahu tentang penggunaan aplikasi i-akaun KWSP yang banyak memberikan kemudahan kepada pengguna bagi sebarang urusan atau proses melibatkan KWSP. Para ahli yang masih belum mempunyai i-akaun KWSP, anda boleh membuat pendaftaran secara mudah melalui online (atas talian) tanpa perlu beratur di kaunter KWSP.

Kemudahan I-Akaun KWSP

Kesediaan kemudahan i-akaun KWSP adalah merupakan salah satu alternatif yang memudahkan ahli dan pencarum untuk membuat sebarang urusan melibatkan wang EPF KWSP, ahli disarankan membuat pendaftaran i-akaun untuk permudahkan urusan.

Kemudahan Melalui I-Akaun KWSP

Di ruangan bawah adalah kemudahan yang telah disediakan melalui i-akaun KWSP seperti berikut :

  • Boleh membuat semakan maklumat pengeluaran
  • Boleh membuat semakan rekod caruman terdahulu
  • Boleh membuat semakan baki simpanan semasa
  • Semakan transaksi caruman yang terbaru
  • Semakan penyata KWSP di akaun 1 serta akaun 2
  • Boleh membuat semakan dan kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat pendaftaran i-akaun KWSP seperti berikut :

  • Pencarum / ahli KWSP harus mempunyai nombor ID ahli dan nombor KWSP yang sah
  • Pihak majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah.

Cara Mudah Mendaftar I-Akaun KWSP 

Di bawah telah dikongsikan panduan mengenai cara mudah untuk pendaftaran i-akaun KWSP seperti berikut :

  1. Langkah pertama anda harus masukkan nombor kad pengenalan anda serta nombor telefon yang aktif digunakan
  2. Kemudian anda perlu mengimbas dengan menggunakan cap jari anda
  3. Sekeping akan memaparkan nombor ID. Pesanan akan dihantar ke telefon bimbit anda dengan mengandungi kata laluan dari KWSP
  4. Sila masukkan semula kata laluan yang telah dihantar
  5. Selepas itu , klik pada “Semak penyata” dan sekeping kertas akan keluar dengan mengandungi penyata akaun 1, akaun 2 dan baki keseluruhan
  6. Sila muat turun aplikasi i-akaun KWSP melalui di telefon pintar anda di app store atau app store
  7. Kemudian masukkan maklumat anda – nombor id kan kata laluan yang diperolehi
  8. Sila masukan nombor ID dan kata laluan yang baru dan simpan untuk memudahkan anda
  9. Selesai, pendaftaran anda telah berjaya.

Jika anda terlupa kata laluan, sila layari Portal Rasmi I-Akaun KWSP – DI SINI

Anda perlu tekan pada bahagian Log Masuk kemudian tekan pada bahagian i-akaun ahli, akan tertera “lupa kata laluan” kemudian anda ikuti arahan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain dari kemudahan i-akaun ini, terdapat pelbagai inisiatif kemudahan yang telah diperkenalkan oleh pihak KWSP bagi membantu memudahkan dan memberi manfaat kepada ahli. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai kemudahan yang telah disediakan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button