FSA2KWSPPengeluaran BersyaratPengeluaran Khas

Pengeluaran FSA2 KWSP RM3000 Kini Dibenarkan : Semak Disini

Pengeluaran FSA2 KWSP RM3000 kini dibenarkan kepada pencarum, jumlah yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000. Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan pembiayaan peribadi kepada ahli KWSP.

PENGELUARAN FSA2 KWSP RM3000

Kini ahli boleh memohon untuk membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi minimum RM3,000 sehingga RM50,000 secara one-off. Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau lebih dikenali sebagai FSA2 KWSP adalah sebuah inisiatif yang telah dilaksanakan pada tahun ini.

Untuk makluman, program pembiayaan FSA2 ini akan dilaksanakan melalui 2 fasa. Kini permohonan bagi FSA2 fasa 1 telah dibuka kepada ahli yang menepati kelayakan.

Dengan adanya kemudahan FSA2 ini dapat membantu para pencarum yang ingin membuat pembiayaan pengeluaran peribadi melalaui institusi perbankan yang terlibat.

Simpanan dalam akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal pengeluaran bersyarat. Permohonan pengeluaran FSA2 KWSP RM3000 fasa 1 telah dibuka bermula pada bulan April 2023.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan, pembiayaan pengeluaran wang KWSP melalui FSA2 dibenarkan pada kadar :

  • Minimum RM3,000
  • Maksimum RM50,000

Jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan adalah tertakluk pada baki simpanan akaun 2 masing-masing.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP

Terdapat beberapa kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh KWSP seperti berikut :

  • Terbuka kepada ahli/ pencarum KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai amaun simpanan dalam akaun 2 minimum RM3,000
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Bagi permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan

Info : Buat masa ini, institusi yang terlibat dalam pengeluaran FSA2 adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

CARA PERMOHONAN FSA2 KWSP

Ahli yang berkelayakan kini boleh membuat permohonan secara online melalui institusi perbankan yang terlibat. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan untuk rakyat yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button