BANTUANi-SuriKWSPSuri Rumah

Bantuan Khas Suri Rumah Berjumlah RM480

Bantuan khas suri rumah berjumlah sehingga RM480 setahun ditawarkan pada tahun ini kepada mereka yang layak. Untuk makluman, kini anda boleh memilih untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan mendapatkan insentif khas di bawah program i-suri KWSP.

BANTUAN KHAS SURI RUMAH (I-SURI)

Perlaksanaan program i-suri KWSP ini adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan para isteri (suri rumah) serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga. Terdapat banyak faedah dan manfaat yang boleh didapatkan di dalam program khas ini.

FAEDAH PROGRAM I-SURI KWSP

Terdapat beberapa faedah yang boleh didapatkan di dalam program i-suri KWSP seperti berikut :

  • Menerima insentif tambahan daripada kerajaan minimum RM40 sebulan dak tertakluk kepada jumlah maksimum sehingga RM480 setahun
  • Automatik layak menerima bantuan kematian sebanyak RM2,500
  • Dapat dividen tahunan KWSP

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi pendaftaran program i-suri KWSP yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan golongan suri rumah
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun simpanan KWSP
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Merupakan isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau wanita (KIR)

PANDUAN PENDAFTARAN

Kepada mereka yang ini mendaftar caruman i-suri KWSP, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila semak senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button