FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran KWSP Melalui FSA2 : Permohonan Fasa 1 Dibuka

Pengeluaran KWSP Melalui FSA2 adalah merupakan salah satu kemudahan yang disediakan pada tahun 2024 bagi memberi manfaat kepada ahli. Untuk sedia maklum, permohonan pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 masih dibuka sepanjang tahun ini kepada yang memerlukan.

SKIM PENGELUARAN KWSP MELALUI FSA2

Bermula April 2023, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran bersyarat FSA2. Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini diadakan adalah bagi membantu ahli KWSP yang menepati kriteria kelayakan bagi mendapatkan pembiayaan peribadi.

Kemudahan pengeluaran melalui FSA2 ini akan dilaksanakan secara keseluruhan 2 fasa yang melibatkan kadar dan syarat yang berbeza. Buat masa ini permohonan bagi fasa pertama yang dibuka.

Pengenalan skim FSA2 ini adalah bertujuan untuk membolehkan pencarum KWSP membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun. Perkara ini adalah bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1, pengeluaran yang dibenarkan adalah serendah RM3,000. Dan ahli boleh memilih untuk pembiayaan pengeluaran sehingga maksimum RM50,000 secara one-off.

SYARAT ASAS KELAYAKAN FSA2 KWSP (FASA 1)

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi skim pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP yang berumur belum mencapai 55 tahun (syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Memenuhi terma serta syarat yang ditetapkan oleh pihak bank
  • Minimum Simpanan dalam akaun 2 serendah RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KWSP

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pembiayaan pengeluaran KWSP melalui FSA2 boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – FSA2 KWSP

Untuk pengetahuan umum, institusi perbankan yang terlibat dalam pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP Fasa 1 adalah :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • MBSB Bank
  • CIMB Bank

Sebarang pertanyaan atau butiran lengkap, sila ke laman utama FSA2 KWSP yang telah disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button