i-SuriKWSP

Bantuan Khas Suri Rumah RM 480 Untuk Keluarga Malaysia 2022

Untuk pengetahuan umum, terdapat sebuah insentif bantuan yang telah diperkenalkan iaitu program i-Suri KWSP. Di halaman ini telah disediakan maklumat ringkas berkenaan kemudahan i-suri KWSP.

I-SURI KWSP

Program I-Suri adalah merupakan sebuah skim dibawah pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah diperkenalkan selaras dengan manifesto kerajaan iaiatu mewujudkan caruman KWSP kepada para suri rumah yang tidak bekerja.

Siapakah yang boleh mencarum? Untuk makluman anda, terdapat dua kategori yang boleh mencarum iaitu isteri atau suami kepada pasangan yang layak.

INSENTIF I-SURI KWSP

Bagi pengetahuan anda, kepada yang berkelayakan akan diberikan insentif khas sebanyak RM 480 untuk setahun.

SYARAT KELAYAKAN

  • Individu merupakan Warganegara Malaysia
  • Masih belum mencapai umur 55 tahun pada 2022
  • Golongan Suri RUmah
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM 60 setahun atau RM 5 sebulan dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada ketua isi rumah.

PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat, anda boleh membuat pendaftaran i-suri KWSP secara hadir ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran.

Sila bawa bersama kad pengenalan serta 2 borang dibawah. Sila muat turun borang tersebut:

Untuk semakan lebih terperinci berkenaan i-suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP – https://www.kwsp.gov.my/ms/home atau hubungi talian khas di – 03 8922 6000.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis pakej bantuan berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button