BANTUANKWSP

Panduan Cara Tuntutan Bantuan Khairat Kematian KWSP RM 2,500

Untuk makluman umum, ramai yang telepas pandang perkara ini. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP telah menyediakan sebuah skim iaitu Bantuan Khairat Kematian yang berjumlah sebanyak RM 2,500 kepada ahli KWSP. Skim Bantuan khairat kematian ini boleh dituntut jika terdapat ahli KWSP yang meninggal dunia.

Butiran Bantuan Khairat Kematian KWSP

Bantuan ini adalah salah satu inisiatif dari pihak KWSP kepada para ahlinya. Pembayaran bagi bantuan khairat kematian KWSP ini akan diberkan secara sekali bayar sahaja (One-off) kepada wakil tanggungan yang layak (Balu /duda /ibubapa atau anak ahli yang tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Bagi tuntutan bantuan ini, anda boleh dapatkan borang di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran anda. Sila pastikan anda sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan semasa anda ingin membuat permohonan di cawangan KWSP pilihan anda.

Siapakah yang layak membuat tuntutan ?

  • Penama
  • Ahli yang berumur 18 tahun dan keatas

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang diperlukan semasa anda membuat permohonan Skim Bantuan Khairat Kematian RM 2,500 seperti berikut :

  • Ahli KWSP yang telah meninggal dunia wajib merupakan warganegara Malaysia , penduduk tetap (PR) atau bukan warganegara Malaysia – Berdaftar sebelum tanggal 1 Ogos 1998
  • Orang tanggungan ahli – Balu / anak / duda/ ibubapa tertakluk pada status perkahwinan ahli KWSP
  • Ahli KWSP yang telah meninggal dunia yang belum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli yang mempunyai simpanan wang KWSP

Nota : Permohonan tuntutan harus dibuat dalam tempoh selama enam bulan dari tarikh kematian ahli KWSP.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang Pengeluaran KWSP 9 KM  ahli
  • Kad pENGENALAN pemohon
  • Sijil lahir pemohon
  • Sijil kematian ahli KWSP
  • Buku bank / penyata akaun bank simpanan
  • Surat kuasa
  • Penama yang meninggal dunia

Jika anda ingin ketahui lebih terperinci berkenaan bantuan khairat kematian KWSP ini, anda boleh layari portal rasmi KWSP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai skim inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda memohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button