AidilfitriBANTUANTarikh Pembayaran

Insentif Kewangan Khas Sempena Aidilfitri RM 500 Dikreditkan Bermula 25 April 2022

Baru-baru ini selain daripada pengeluaran Khas KWSP, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Insentif Bantuan Khas berbentuk kewangan sempena menyambut bulan perayaan iaitu Aidilfitri tahun 2022 sebanyak RM 500.

Insentif Bantuan Khas Aidilfitri 

Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua para penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuklah kakitangan di bawah Skim Contract for Services, Contract of Services, Pegawai sambilan harian serta pegawai lantikan di bawah MyStep dan bantuan khas lain sebanyak RM 250 kepada Pesara Kerajaan pada tahun ini.

Insentif khas ini merupakan bantuan khas kepada kakitangan Awam bagi menyambut bulan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menerusi kenyataan Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri bagi tahun ini akan dikreditkan lebih awal atas keprihatinan Pihak Kerajaan supaya kakitangan penjawat awam dapat membuat perancangan awal dalam persiapan untuk menyambut bulan perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

Beliau turut menyatakan pemberian insentif bantuan khas ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan setiap penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab bagi menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat dan keluarga Malaysia.

Kadar Insentif Bantuan

Jumlah kadar bantuan khas Aidilfitri seperti di bawah :

  • Kepada para penjawat awam Gred 56 dan ke bawah – RM 500.
  • Kepada para pesara Kerajaan – RM 250.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas

Untuk makluman umum, pembayaran bantuan khas Aidilfitri ini akan bermula pada tarikh 25 April 2022 bersamaan pembayaran gaji pada bulan April.

Penjawat Awam Yang Layak Menerima Pembayaran 

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah.
  • Pegawai lantikan MyStep yang tempoh kontrak masih aktif berkuat kuasa pada 25 April 2022.
  • Para guru interim.
  • Pemandu yang dilantik oleh anggota pentadbiran dan Hakim dan persuruhjaya Kehakiman.
  • Para pesara dan veteran yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada bulan April 2022.
  • Para veteran yang sudah pencen dan masih belum pencen.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, selain dari bantuan khas aidilfitri ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya berbentuk kewangan bagi mereka yang memerlukan. jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button