BANTUANFASA 3STR

Pemberian STR Fasa 3 : Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Isi Rumah

Pemberian STR fasa 3 dijadualkan akan mula dibayar pada bulan hadapan iaitu Julai 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak. Untuk makluman, bayaran fasa seterusnya ini akan melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, isi rumah dan warga emas.

PEMBERIAN STR FASA 3 (JULAI)

Bagi pengetahuan umum, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian STR fasa 3 (ketiga) akan mula dikreditkan pada Julai nanti. Apa yang menarik adalah kadar jumlah bayaran yang akan diterima oleh rakyat adalah tinggi berbanding fasa sebelum ini.

Pada bulan Januari dan April lalu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 dan 2 telah selesai dikreditkan. Kini hanya berbaki fasa 3 dan fasa 4 yang dijadualkan akan diberikan pada bulan Julai dan November 2023.

Jumlah bayaran fasa ketiga adalah sehingga RM800, kadar bergantung kategori kelayakan kemaskini penerima sedia ada. Kaedah pemberian bayaran fasa 3 adalah sama seperti fasa 1 dan 2 iaitu secara pengkreditan dan tebus tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran bagi penerima tiada kad bank.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 KATEGORI BUJANG & ISI RUMAH

Berikut adalah amaun kadar bayaran bantuan STR fasa 3 yang dijadualkan pada bulan depan seperti berikut :

KATEGORI BUJANG

  • RM150 seorang (bayaran akhir)

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN DI BAWAH RM2,500)

  • RM300 : Isi rumah tiada anak
  • RM400 : Isi rumah mempunyai anak (1-2 orang)
  • RM600 : Isi rumah mempunyai anak (3-4 orang)
  • RM800 : Isi rumah mempunyai anak (5 dan lebih)

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • RM0 (Tiada bayaran) : Isi rumah tiada anak
  • RM150 : Isi rumah mempunyai anak (1-2 orang)
  • RM200 : Isi rumah mempunyai anak (3-4 orang)
  • RM250 : Isi rumah mempunyai anak (5 dan lebih)

Info tambahan : Bagi kategori bujang, fasa 3 adalah bayaran akhir yang akan diterima. Pada fasa 4 nanti tiada bayaran bagi kategori bujang.

KEMASKINI SEMAKAN STR FASA 3

Untuk semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh lakukan secara atas talian. Sila log masuk akaun anda di laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas dan memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button