BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

STR : Bayaran Fasa 4 Telah Mula Dikreditkan Berperingkat

STR : Bayaran Fasa 4 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima yang berkelayakan. Untuk makluman, pemberian ini adalah merupakan bayaran fasa akhir bagi STR sesi tahun 2023.

STR : BAYARAN FASA 4 MULA DISALURKAN

Berita gembira untuk semua, pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa keempat telah mula disalurkan secara berperingkat. Ramai penerima dari pemegang kad bank Simpanan Nasional telah menerima bayaran secara kredit dalam akaun.

Untuk sedia maklum, pengagihan secara rasmi akan mula diberikan pada 7 November 2023. Namun seperti fasa sebelum ini, ramai pengguna BSN yang menerima insentif ini terlebih dahulu sebelum bank-bank lain.

KADAR BAYARAN STR FASA 4

Bagi pengetahuan umum, kadar jumlah bayaran bantuan tunai fasa ke4 STR adalah sehingga RM1,200. Jumlah diberikan adalah mengikut kategori dan bilangan tangungan anak setiap isi rumah.

Bagi kategori warga emas berumur 60 tahun akan menerima bayaran sebanyak RM200 setiap seorang. Manakala kategori isi rumah B40 akan menerima dari RM200 sehingga RM1,200 dan kadar bergantung jumlah anak yang masih dalam tanggungan.

Untuk isi rumah M40 pula, kadar bayaran adalah RM300 dan RM500 sahaja. Mereka yang mempunyai tanggungan anak 3 dan keatas sahaja layak untuk mendapatkan insentif pada fasa keempat nanti.

Kepada mereka yang berada dalam kategori bujang (Belia) yang telah menerima bayaran dari fasa 1 sehingga fasa 3 tidak akan menerima bayaran pada fasa 4. Jumlah keseluruhan bantuan STR bujang RM350 telah selesai dibayar hingga fasa ketiga sahaja.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang menerima bantuan tunai ini, anda kini sudah boleh membuat semakan status bayaran fasa 4 secara online. Untuk semak, sila log masuk dengan layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Kepada yang terlepas pandang, mereka yang merupakan penerima STR terdiri daripada golongan miskin tegar. Secara automatik layak menerima insentif tambahan (SARA) berjumlah RM600, semakan status kelayakan boleh dilakukan di laman rasmi MyKasih.

MAKLUMAT LANJUT

Selain Sumbangan Tunai Rahmah, terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button