BANTUANBUDI

Program Bantuan Khas BUDI Sehingga RM 2,000

Pada tahun 2022 untuk sedia maklum, terdapat banyak dan pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan untuk semua golongan. Terdapat satu inisiatif progam bantuan khas sebanyak daripada RM 1,500 sehingga RM 2,000 kepada yang layak.

Program Bantuan BUDI

Program BUDI ini adalah merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada anak-anak negeri yang bakal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi peringkat Matrikulasi / Asasi / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Melalui Program Bantuan BUDI ini dilaksanakan bagi tujuan memupuk dan menggalakan lebih ramai anak / pelajar melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi seperti IPTA dan IPTS.

Kadar Bantuan BUDI

  • Peringkat sijil Ijazah Sarjana Muda – RM 2,000
  • Peringkat sijil Diploma / matrikulasi / asasi – RM 1,500

Syarat Kelayakan BUDI

  • Permohonan terbuka kepada individu / pelajar yang akan melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS tahun 2022 untuk kemasukan pertama kali ke IPT di seluruh Malaysia dan diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Kepada penjaga atau ibu bapa merupakan tergolong dalam golongan B40 atau M40.
  • Pemohon harus berstatus warganegara Malaysia yang sah. Berasal dari negeri sabah
  • Pemohon / individu yang berumur 25 tahun dan ke bawah
  • Pelajar / pemohon yang sudah mendapatkan pengesahan kemasukan ke IPT.

Cara Mohon BUDI

Jika anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan secara online seperti berikut :

  1. Langkah pertama, sila layari Portal Rasmi Program Bantuan BUDI – DI SINI
  2. Tekan pada butang “Daftar”
  3. Sila isi maklumat pemohon dengan lengkap dan tekan butang “Daftar”
  4. Kemudian Log masuk akaun anda yang telah anda daftarkan
  5. Sila ikuti arahan yang telah ditetapkan, isi maklumat permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap di isi dan dokumen dimuat naik
  7. Selesai.

Nota tambahan : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Program bantuan BUDI ini, anda boleh ke Laman Rasmi BUDI di atas atau hubungi terus talian Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah – 088 369 872.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk tunai. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button