BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan eTunai RM300 Dikreditkan Setiap Bulan

Bantuan eTunai RM300 setiap bulan adalah merupakan inisiatif khas untuk mereka yang memerlukan pada tahun ini. Program bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih diteruskan sehingga hari ini.

BANTUAN ETUNAI 

Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari telah mengumumkan bahawan insentif BINGKAS akan terus dilaksanakan pada tahun 2023. Hal ini kerana bagi memberikan manfaat kepada seluruh keluarga yang kurang bernasib baik dari segi kewangan.

Bagi pemohon yang layak akan diberikan bantuan ewallet sebanyak RM300 sebulan. Bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan harian dapur seperti beras, gula dan sebagainya.

Bagi makluman, baki ewallet yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan depan. Ini bermakna anda perlu belanjakan nilai RM300 tersebut sebelum pembaharuan nilai pada bulan berikutnya sebanyak RM300.

KADAR BANTUAN 

Menerusi program BINGKAS, pemohon yang layak akan menerima sebanyak RM300 berbentuk ewallet. Pembelanjaan secara tanpa tunai boleh dibuat di pasaraya yang berdaftar sahaja.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan bantuan BINGKAS 2023 seperti dibawah :

  • Untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Isi rumah (keluarga) yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Merupakan pemilih berdaftar Selangor
  • Anak kelahiran negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

PANDUAN PERMOHONAN

Jika anda berminat, permohonan boleh dibuat secara online. Panduan seperti berikut :

  • Sila layari Laman rasmi BINGKAS – DI SINI
  • Sila semak syarat kelayakan kemudian klik butang ‘Daftar permohonan’
  • Pemohon perlu isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan
  • Sertakan butiran dokumen yang diperlukan
  • Tekan butan hantar.

Pendaftaran permohonan juga boleh dibuat di aplikasi Selangkah. Pemohon boleh muat turun di app store telefon pintar masing-masing. Untuk makluman, bantuan khas BINGKAS ini terbuka untuk warga Selangor dan menetap melebihi 10 tahun di Selangor sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan persekutuan dan negeri-negeri di dalam Malaysia telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button