Akaun 3Akaun FleksibelKWSPPengeluaran Khas

Kemudahan Akaun 3 KWSP : Pengeluaran Pada Bila-Bila Masa

Kemudahan Akaun 3 KWSP : Pengeluaran pada bila-bila masa boleh dilakukan oleh ahli untuk tujuan kecemasan berdasarkan amaun yang ditetapkan. Untuk makluman, pihak KWSP bakal melancarkan sebuah lagi akaun yang berfungsi sebagai akaun fleksibel.

KEMUDAHAN AKAUN 3 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengstrukturkan semula akaun ahli KWSP yang menyaksikan akaun 1 (persaraan), akaun 2 (sejahtera) dan akaun 3 (fleksibel). Ketiga-tiga akaun ini mempunyai fungsi masing-masing.

Kemudahan akaun 3 KWSP bakal diumumkan pada penghujung bulan ini iaitu April 2024 yang akan memberi manfaat kepada para pencarum. Pelancaran akaun fleksibel ini dijangkakan akan dilakukan pada bulan Mei 2024.

FUNGSI AKAUN 3 KWSP : PENGELUARAN FLEKSIBEL

Difahamkan akaun bagi ahli berumur 55 tahun ke bawah akan distrukturkan semula daripada (2) akaun kepada (3) akaun bermula 11 Mei ini. Buat waktu ini, pencarum KWSP berumur 55 kebawah, caruman sebanyak 70 peratus dimasukan ke dalam akaun 1 dan 30 peratus ke dalam akaun 2.

Setelah akaun 3 dilancarkan, pecahan akan dibahagikan kepada 3 bahagian dengan peratus pada kadar 75 peratus akaun 1, 15 peratus akaun 2 dan 10 peratus akaun 3. Setiap ahli boleh membuat pilihan bagi memindahkan wang dari akaun (sejahtera) kepada akaun (fleksibel) mengikut syarat yang ditetapkan.

Para ahli KWSP diberikan masa sehingga 31 Ogos 2024 untuk membuat pilihan bagi jumlah permulaan dalam akaun 3 (flleksibel). Bermula bulan Mei sehingga Ogos tahun ini adalah masa bagi memilih jumlah permulaan dalam akaun fleksibel sebagai fasa pengumpulan.

Kepada ahli KWSP yang memilih untuk tidak menyertai bagi jumlah permulaan dalam akaun 3 nanti. Baki akaun mereka akan bermula dari sifar (0) sehingga caruma baharu dikreditkan ke dalam akaun tersebut.

Untuk makluman, simpanan dari dalam akaun 3 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa secara fleksibel. Kadar minimum pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum serendah RM50 dan segala maklumat terkini berkenaan akaun fleksibel akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP TAHUN 2024

Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah menawarkan pelbagai kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada ahli pada tahun ini. Untuk semakan lebih butiran, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button