KWSPPengeluaran sebahagian

Pengeluaran Sebahagian KWSP Kini Dibenarkan Untuk Pencarum

Pengeluaran sebahagian KWSP kini dibenarkan untuk pencarum / ahli KWSP yang menepati terma dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk makluman, pengeluaran khas KWSP 2.0 dan bersasar tidak dapat diluluskan pada tahun ini, namun terdapat kemudahan inisiatif pengeluaran sebahagian KWSP yang boleh boleh dilakukan.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP KINI DIBENARKAN

Bagi pengetahuan umum, pihak Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) ada menawarkan beberapa jenis kemudahan pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum. Terma dan syarat perlu ditepati bagi memudahkan proses permohonan.

Antara inisiatif kemudahan yang ditawarkan adalah pengeluaran sebahagian KWSP kini melalui i-akaun untuk tujuan peribadi ahli KWSP. Senarai jenis pengeluaran sebahagian serta kriteria syarat kelayakan telah disediakan di bawah.

IBADAH HAJI

Pengeluaran sebahagian untuk tujuan ibadah haji dibenarkan kepada pencarum, kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Merupakan ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan beragama islam
  • Individu yang telah dipilih untuk menunaikan ibadah haji oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH)
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah

MEMBINA RUMAH

Kepada ahli yang ingin melakukan pengeluaran sebahagian untuk tujuan membina rumah kini dibenarkan selagi menepati syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada ahli KWSP
  • Ahli wajib mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM500
  • Umur pencarum belum mencapai 50 tahun
  • Ahli memiliki tapak tanah sendiri untuk membina rumah

KESIHATAN

Pada waktu sekarang musim demam, kesihatan amat penting dan pengeluaran sebahagian dibenarkan selagi menepati syarat.

  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam akaun 2 KWSP
  • Keperluan tambahan, kos perubatan yang tidak dibiayai sepenuhnya oleh pihak majikan
  • Ahli tidak menerima rawatan kesihatan alternatif

PENGELUARAN SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

Pengeluaran sebahagian KWSP kini dibenarkan jika melebihi 1 juta dan kriteria syarat seperti berikut :

  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP wajib mempunyai baki simpanan melebihi satu (1) juta di dalam akaun KWSP
  • Berumur 55 tahun kebawah

PANDUAN CARA MOHON PENGELUARAN KWSP

Untuk makluman kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP sebahagian atau penuh, panduan cara mohon dan syarat kelayakan telah disediakan. Sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada waktu ini yang berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button