KWSPPengeluaran sebahagian

Kategori Pengeluaran Sebahagian KWSP Yang Boleh Dilakukan

Kategori Pengeluaran Sebahagian KWSP yang boleh dilakukan pada tahun ini kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Pelbagai kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh pihak KWSP pada tahun ini bagi membantu para pencarum.

KATEGORI PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Untuk makluman umum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan pengeluaran melalui i-akaun. Setiap ahli yang berkelayakan boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua berada secara online.

Para pencarum sebenarnya dibenarkan membuat pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2 KWSP selagi menepati syarat ditetapkan. Di sini dikongsikan beberapa jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dilakukan pada tahun ini.

JENIS PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Ahli boleh melakukan pengeluaran sebahagian untuk tujuan peribadi tertentu seperti dibawah.

PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Ahli KWSP merupakan seorang warganegara dan bukan warganegara juga layak. Memiliki simpanan wang KWSP dan berada dalam lingkungan umur 50 tahun sehingga 55 tahun.

MEMBINA RUMAH

Kelayakan adalah warganegara dan bukan warganegara, berumur tidak melebihi 50 tahun. Mempunyai baki simpanan akaun 2 minimum RM500 dan ada tanah untuk mendirikan rumah tersebut.

PENGELUARAN UNTUK TUJUAN KESIHATAN

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah dan mempunyai simpanan dalam akaun 2 berkelayakan. Pemohon tidak menerima sebarang rawatan alternatif yang lain.

MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

Boleh dimohon oleh ahli KWSP warganegara dan bukan warganegara berumur 55 tahun kebawah. Mempunyai minimum baki dalam akaun 2 sebanyak RM500 dan memiliki rumah.

SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan kebawah yang mempunyai baki simpanan melebihi 1 juta. Pengeluaran sebahagian boleh dilakukan oleh warganegara dan bukan warganegara.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Warganegara Malaysia yang beragama islam berumur 55 tahun kebawah berkelayakan. Ahli KWSP yang telah dipilih untuk menunaikan ibadah haji oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Tahukah anda sebenarnya bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak jenis pengeluaran sebahagian yang dibenarkan dan boleh dilakukan pada waktu ini. Panduan lengkap cara mohon secara online telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button