FSA2KWSPPengeluaran KWSP

Permohonan Pengeluaran KWSP Melalui FSA2 Masih Dibuka

Permohonan Pengeluaran KWSP melalui FSA2 masih dibuka kepada para pencarum/ Ahli yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk makluman, ini merupakan salah satu inisiatif kemudahan yang telah diperkenalkan pada tahun ini.

PENGELUARAN KWSP MELALUI FSA2

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran pada tahun 2023. Skim pengeluaran khas melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau lebih dikenali FSA2 ini adalah merupakan sebuah kemudahan pembiayaan.

Perlaksanaan FSA2 KWSP ini akan dilancarkan melalui 2 fasa, bermula April lalu permohonan pengeluaran bagi fasa 1 telah dibuka. Apa yang menarik adalah tempoh permohonan boleh dikemukakan adalah lama dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Adanya kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini bertujuan membenarkan ahli/pencarum KWSP membuat permohonan awal pengeluaran secara bersyarat. Dengan adanya inisiatif ini dapat membantu ahli bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

KADAR PENGELUARAN KWSP (FSA2) YANG DIBENARKAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan, kadar pengeluaran yang boleh dilakukan dalam kemudahan FSA2 ini adalah minimum RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM50,000 secara sekaligus.

Namun amaun bergantung kepada kelulusan pihak bank dan berdasarkan baki simpanan dalam akaun 2. Untuk pengetahuan, bagi FSA2 fasa pertama hanya 2 institusi perbankan yang terlibat iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran melalui FSA2 KWSP seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Merupakan ahli KWSP
  3. Umur ahli belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  4. Mempunyai minimum simpanan dalam akaun 2 : RM3000
  5. Permohonan boleh dibuat sekali sahaja
  6. Memenuhi serta mematuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak bank
  7. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN

Bagi mereka yang memerlukan dan memenuhi syarat, permohonan pengeluaran pembiayaan KWSP boleh dikemukakan secara online. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button