ePengeluaranKWSP

E-Pengeluaran KWSP Khas : Dibenarkan Pada Bulan September

E-Pengeluaran KWSP Khas adalah merupakan sebuah kemudahan yang disediakan kepada ahli yang berkelayakan. Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia bagi meringankan beban.

KEMUDAHAN E-PENGELUARAN KWSP KHAS

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menawarkan bermacam jenis kemudahan kepada ahli selagi menepati syarat yang telah ditetapkan. Sebenarnya para pencarum dibenarkan membuat pengeluaran secara penuh atau secara sebahagian.

Melalui i-akaun terdapat manfaat yang boleh digunakan kepada ahli yang memerlukan salah satunya kemudahan e-pengeluaran KWSP khas. Setiap individu yang berkelayakan boleh membuat e-pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua berada.

Menerusi e-pengeluaran, sudah terbahagi kepada 2 kategori iaitu pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian. Ini adalah bagi membantu para pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran peribadi tersedia.

JENIS E-PENGELUARAN KWSP KHAS

Di bawah telah disediakan senarai jenis pengeluaran kwsp yang dibenarkan pada bulan September seperti berikut :

PENGELUARAN SEBAHAGIAN SIMPANAN KWSP

  • Umur 50
  • Pendidikan
  • Beli Rumah
  • Bina Rumah
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman perumahan
  • Perumahan PR1MA
  • Perumahan fleksibel
  • Rawatan kesihatan
  • Menunaikan ibadah haji
  • Simpanan melebihi 1 juta

PENGELUARAN PENUH SIMPANAN KWSP

  • Umur 55
  • Umur 60
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara Malaysia
  • Kematian
  • Pesara pilihan dan pekerja berpencen

Kepada mereka yang membuat pengeluaran seperti di atas, kemudahan ini membantu mereka yang memerlukan dan ianya tidak merugikan. Hal ini kerana sebagai contoh anda membuat pengeluaran untuk membina rumah, ia akan menjadikan aset anda untuk kemudian hari.

SYARAT KELAYAKAN ASAS E-PENGELUARAN KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi permohonan e-pengeluaran KWSP seperti di bawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengelauran maksimum
  • Syarat kelayakan menepati syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun semasa/ simpanan ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP

PANDUAN LANGKAH PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan pengeluaran ini, permohonan boleh dikemukakan secara atas talian. Panduan langkah permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain ini, terdapat lebih banyak kemudahan dan bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai inisiatif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk semakan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button