FSA2KWSP

Rasmi : Pengeluaran KWSP FSA2 Kini Dibenarkan

Rasmi pengeluaran KWSP FSA2 iaitu kemudahan pembiayaan fasiliti sokongan akaun 2 kini telah dibenarkan oleh kerajaan. Untuk sedia maklum, bermula April lalu kemudahan pengeluaran kwsp bersyarat fasa 1 telah mula dibuka kepada ahli / pencarum yang ingin membuat pengeluaran.

RASMI PENGELUARAN KWSP FSA2

Untuk makluman, pengeluaran FSA2 adalah merupakan sebuah kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang terlibat. Melalui perkhidmatan ini, pencarum yang berumur 55 tahun dan kebawah berkelayakan untuk membuat permohonan.

Baki simpanan dalam akaun 2 KWSP digunakan untuk membayar pembiayaan awal pengeluaran bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Buat masa ini perbankan yang terlibat adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

KADAR PENGELUARAN SEHINGGA RM50,000

Untuk pengetahuan umum, jumlah pengeluaran KWSP melalui kemudahan FSA2 yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga RM50,000. Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP masing-masing.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pengeluaran FSA2 ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Permohonan hanya dibenarkan lakukan sekali sahaja
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan
  • Mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP minimum RM3,000
  • Mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan
  • Tarikh permohonan telah mula dibuka pada 7 April 2023 (tempoh permohonan selama setahun)

PANDUAN PERMOHONAN

Berikut adalah beberapa cara permohonan pengeluaran fsa2 kwsp yang boleh dilakukan seperti di bawah :

CARA PERTAMA 

  • Melakukan semakan awal kelayakan dalam akaun 2 KWSP melalui portal rasmi KWSP

CARA KEDUA

  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan pilihan anda (BSN atau MBSB) mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan

Nota : Untuk mengetahui lebih lengkap, panduan permohonan telah disediakan. Sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button