BANTUANi-SuriKWSP

Insentif Khas Sebanyak RM 480 Untuk Ibu Tunggal Dan Suri Rumah

Ramai yang masih terlepas pandang, kepada golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan adanya insentif khas di bawah program i-Suri. Program kemudahan ini bagi tujuan memastikan kesejahteraan golongan wanita terutama kepada suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan dalam Negara.

Terdapat banyak manfaat dan faedah dalam program i-Suri KWSP, di halaman ini telah disediakan maklumat berkenaan i-Suri KWSP seperti berikut.

Syarat Kelayakan Daftar i-Suri KWSP

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada individu yang berstatus Warganegara Malaysia
  • Kepada golongan suri rumah yang berdaftar dalam pengkalan data Kemiskinan Nasional (EKasih)
  • Individu yang belum mencapai umur 60 tahun
  • Merupakan isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Mencarum sekurang kurangnya RM 5 sebulan atau bersamaan RM 60 setahun dalam akaun KWSP.

Siapa Yang Mencarum?

  • Suami kepada pasangan yang berkelayakan
  • Isteri (Diri sendiri)
  • Kepada suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih 1 insentif sahaja pada dalam satu masa. Jika anda sudah mendaftar dengan insentif persaraan iaitu i-Saraan, anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran baru bagi kemudahan i-Suri KWSP.

Manfaat Dan Faedah i-Suri KWSP

  • Mendapatkan insentif khas dari Kerajaan sebanyak minima RM 40 sebulan bersamaan RM 480 setahun
  • Boleh tuntut bantuan kematian sebanyak RM 2500
  • Menerima dividen tahunan dari KWSP.

Panduan Cara Daftar i-Suri KWSP

Sekiranya anda berminat, pendaftaran i-Suri boleh dibuat dengan cara pergi ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda dengan membawa bersama borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan seperti berikut :

  • Sediakan MyKad
  • Borang i-Suri (Pendaftaran Kali Pertama) – KWSP 16G (M)
  • Borang i-Suri (Semasa Pembayaran) – KWSP 6A (2)

Cara Bayaran

  • Cek atau tunai di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel Bank KWSP (PBB, MBB, BSN dan RHB)
  • Pindahan wang melalui perbankan online oleh Bank yang dilantik PPB atau MBB.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan i-Suri KWSP ini, anda boleh layari Portal Rasmi KWSP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button