BANTUANBMT

Jadual Bayaran Bantuan RM800

Jadual bayaran bantuan RM800 telah diumumkan. Untuk sedia maklum selain daripada inisiatif Sumbangan tunai rahmah (STR) yang diberikan pada bulan ini, terdapat sebuah bantuan kewangan yang diberikan pada awal tahun ini.

Sebuah bantuan yang dimaksudkan adalah Bantuan musim tengkujuh (BMT) yang memberi manfaat sebanyak RM800 kepada yang berkelayakan.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Untuk makluman umum, program bantuan BMT ini telah membabitkan peruntukan dana bantuan sebanyak RM9.7 juta bagi memberi manfaat kepada kira-kira 12,140 orang penerima yang terdiri daripada peneroka tananam getah di dalam Malaysia.

Pembayaran bantuan BMT RM800 ini akan diberikan secara berperingkat atau berfasa bermula bulan Januari, Februari dan terakhir pada bulan Mac.

Menurut Menteri Sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim iaitu Nik Azmi Nik Ahmad telah berkata. Pembayaran insentif BMT sebanyak RM800 akan disalurkan secara terus ke dalam akaun penerima. Kadar bantuan adalah sebanyak RM300 fasa 1 (Januari) RM300 fasa 2 (Februari) dan RM200 fasa 3 (Mac) tahun ini.

Pada tahun lalu, bulan november dan disember 2022 bantuan khas ini diberikan sebanyak RM600 dan diberikan secara 2 fasa dengan kadar RM300 bagi setiap fasa. Atas faktor prihatin kerajaan, bayaran BMT kali ini dinaikkan sebanyak RM800 untuk jumlah keseluruhan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM800

Berikut adalah jadual bayaran bantuan khas ini seperti dibawah :

  • Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
  • Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
  • Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200.

Nota : Pembayaran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.

PANDUAN SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Jika anda berminat untuk membuat semakan permohonan, terdapat 2 cara semakan boleh dibuat. Panduan telah disediakan seperti dibawah :

  1. Semakan permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Sila layari portal rasmi BMT RISDA –DI SINI
  2. Atau anda boleh menghubungi pejabat RISDA dimana permohonan dibuat.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan khas BMT ini, sila hubungi talian hotline BMT di 03-4256 4022 atau layari laman rasmi – PEKEBUN KECIL MAKMUR

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BMT, terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button