BANTUANSkim Cakna Suri

Bantuan Skim Cakna Suri RM200 Tahun 2023

Bantuan skim Cakna Suri adalah merupakan inisiatif dari kerajaan negeri sebanyak RM200 diberikan kepada yang berkelayakan memerlukan secara one-off. Untuk makluman umum, permohonan bantuan khas ini masih dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2023.

BANTUAN SKIM CAKNA SURI TAHUN 2023

Untuk sedia maklum, program skim cakna suri ini telah diperkenalkan pada tahun 2020 oleh kerajaan negeri. Skim khas ini masih relevan dan diteruskan sehingga tahun ini.

Perlaksanaan skim bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada para suri rumah dengan pemberian insentif tunai sebanyak RM200 yang diberikan secara one-off (sekali bayar) pada tahun ini.

CARA MOHON SKIM CAKNA SURI

Bagi golongan suri rumah yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat bagi mendapatkan insentif khas sebanyak RM200 ini. Pemohon perlu isi maklumat lengkap di dalam borang permohonan skim cakna suri 2023. Borang permohonan boleh dimuat turun – DI SINI

Pemohon perlu sertakan lampiran salinan kad pengenalan dan pengesahan nombor akaun. Selepas borang permohonan selesai lengkap di isi, borang tersebut bersama dokumen penting perlu dihantar secara pos atau serah terus ke alamat dibawah.

Pusat Pembangunan keluarga mawaddah Kelantan (mawaddah centre),

Stesen bas kota bharu, lot 259, seksyen 11,

Jalan pendek, 15000 Kota bharu.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan umum, permohonan bantuan skim cakna suri RM200 secara one-off ini akan ditutup pada 31 Januari 2023 bersamaan hari selasa. Untuk semak kelayakan permohonan, sila rujuk di dibawah.

SYARAT KELAYAKAN SKIM CAKNA SURI

Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan skim cakna suri sebanyak RM200 seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan golongan suri rumah sepenuh masa yang berumur 54 tahun dan kebawah
  • Mempunyai tanggungan anak seramai 2 orang keatas
  • Pemohon merupakan rakyat negeri Kelantan
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM2,000.

Nota : Untuk makluman, bantuan skim cakna suri ini dibuka untuk rakyat negeri Kelantan sahaja. Kepada suri rumah yang menetap di negeri Kelantan, anda boleh mendapatkan insentif khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada skim bantuan negeri Kelantan ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri di seluruh Malaysia. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button