BANTUANBINGKAS

Cara Mohon Bantuan BINGKAS RM300 Untuk B40

Cara mohon bantuan BINGKAS sebanyak RM300 khusus untuk golongan B40 dan mereka yang memerlukan pada tahun ini telah disediakan pada halaman ini. Untuk makluman, terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Untuk sedia maklum, salah satu bantuan yang telah dilaksanakan pada awal tahun ini adalah bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Insentif khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan atas dasar keprihatinan kerajaan negeri telah meneruskan pada tahun ini.

Selaku Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari telah umumkan bahawa inisiatif ini akan diteruskan pada tahun 2023. Hal ini bagi menambahbaik program kasih ibu smart Selangor (KISS) dan (KISS IT) ibu tunggal yang bertujuan bukan sahaja gologan ibu malah seluruh isi rumah dapat merasai manfaat bantuan ini.

KADAR BANTUAN 

Untuk sedia maklum, kadar bantuan ewallet BINGKAS ini disediakan sebanyak RM300 sebulan kepada pemohon yang layak. Kadar sama seperti tahun lalu dan akan dikreditkan secara automatik pada nilai RM300 setiap bulan.

MANFAAT BANTUAN

Berikut disediakan senarai manfaat yang akan didapatkan oleh setiap pemohon yang berkelayakan seperti dibawah :

  • Menerima insentif khas ewallet BINGKAS setiap bulan
  • Had pembelian barang asas dapur sebanyak RM300 (sebulan)
  • Tambahan nilai baki akan dimasukkan pada kadar yang sama pada bulan berikutnya
  • Baki bulan ini tidak akan dibawa ke bulan depan (penerima bantuan disarankan menggunakan maksima bantuan)
  • Pembelian barang keperluan kharian dan pendidikan di mana-mana pasaraya berdaftar.

KELAYAKAN BANTUAN

Berikut disediakan syarat kelayakan bantuan ewallet BINGKAS RM300 untuk tahun ini seperti dibawah :

  • Program khas ini terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun kebawah
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan kebawah
  • Pemohon merupakan kelahiran negeri Selangor atau menetap di negeri ini melebihi 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

Nota : Syarat kelayakan bantuan BINGKAS serta kadar insenitif adalah sama seperti tahun lalu.

CARA MOHON BANTUAN BINGKAS

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara online. Pemohon perlu baca teliti syarat kelayakan dan cara daftar permohonan. Sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Pemohon perlu ikuti arahan yang telah disediakan pada halaman BINGKAS sehingga selasai permohonan. Untuk makluman, bantuan ewallet BINGKAS ini dibuka untuk warga negeri Selangor sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk yang terlepas pandang, terdapat bantuan dari kerajaan negeri lain dan persekutuan terutama insentif khas untuk golongan memerlukan dan B40 pada tahun ini. Sila semak bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan – KLIK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button