BANTUANBINGKASeWallet

Semakan Bantuan EWallet RM300 Sebulan

Semakan bantuan ewallet bernilai RM300 sebulan untuk golongan B40 dan yang memerlukan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah merupakan insentif yang ditawarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

SEMAKAN BANTUAN EWALLET

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini oleh pihak kerajaan persekutuan mahupun peringkat negeri. Terdapat juga bantuan lama dan masih dilaksanakan pada tahun ini, salah satunya adalah bantuan ewallet BINGKAS.

Pada tahun ini, peruntukan bantuan ewallet BINGKAS adalah sebanyak RM108 juta dan akan ditawarkan kepada kira-kira 30 ribu keluarga yang layak. Bantuan khas ini diberikan kepada pemohon yang layak dengan jumlah RM300 sebulan.

Perlaksanaan bantuan khas ini dilaksanakan pada tahun ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang kurang bernasib baik. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembelian tanpa tunai (cashless).

Kepada yang layak, bantuan ewallet ini boleh digunakan dengan pembelian barang keperluan dapur seperti gula, beras, kicap dan sebagainya. Pembelian boleh digunakan di mana-mana kedai runcit dan pasaraya berdaftar.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bantuan ewallet BINGKAS seperti dibawah :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia
  • Isi rumah (Keluarga) yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 ke bawah
  • Kelahiran negeri Selangor atau sudah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor

Nota : Bantuan eWallet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya berdaftar. Jumlah e-dompet akan ditambah secara automatik setiap bulan pada kadar yang sama (RM300).

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan bantuan ewallet BINGKAS ini boleh dilakukan secara online. Sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Bagi memudahkan proses semakan permohonan bantuan BINGKAS ini, sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kematian / surat penceraian/ laporan polis (bagi kategori ibu bapa tunggal)
  • Salinan slip gaji atau pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti (ADUN /Penghulu/ ahli majlis) bagi yang bekerja sendiri

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada semakan bantuan ewallet ini, terdapat lebih banyak lagi insentif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini khususnya ditawarkan kepada golongan b40 dan miskin. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button