BANTUANKerajaan

Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Boleh Dapatkan Pada Bulan Ogos 2022

Untuk sedia maklum, dalam usaha bagi membantu rakyat yang memerlukan, pelbagai jenis pakej berbentuk bantuan dan insentif telah disediakan oleh pihak kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri pada tahun ini.

Dibawah telah disediakan senarai bantuan dari pihak kerajaan yang anda boleh dapatkan pada bulan Ogos 2022. Anda boleh rujuk maklumat berkenaan senarai bantuan yang ada pada bulan Ogos.

INSENTIF BANTUAN BULANAN JKM 

Kepada individu yang telah diluluskan permohonan bantuan insentif bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), proses pembayaran akan dilakukan dari tarikh 1-10 Ogos 2022. Untuk makluman antara bantuan yang terlibat adalah seperti bantuan kanak-kanak (BKK), Bantuan Am persekutuan, Bantuan anak peliharaan, Bantuan warga emas dan sebagainya.

Kadar jum;ah bayaran adalah diantara bermula RM100 sehingga RM1,000 mengikut ketetapan skim bantuan yang disediakan. Bagi senarai penuh bantuan bulanan JKM anda boleh rujuk di laman rasmi JKM – DI SINI

BANTUAN AIR PERCUMA

Program skim air Darul Ehsan (SADE) adalah merupakana sebuah program penjajaran semula pemberian air secara peruma kepada golongan sasar penduduk yang menetap di negeri Selangor Darul Ehsan. Melalui inisiatif tersebut, golongan yang berkelayakan boleh mendapatkan manfaat 20 meter air secara percuma.

Permohonan bantuan SADE akan dibuka bermula sepanjang tahun 2022 shingga 2024. Segala maklumat ebih terperinci berkenaan skim bantuan air ini anda boleh rujuk di Portal Rasmi Air Selangor.

PROGRAM PERANTI SISWA FASA KEDUA 

Program inisiatif peranti siswa keluarga Malaysia merupakan sebuah program untuk menyediakan peranti kepada maha siswa institusi pendidikan tinggi (IPT) terutama yang berada dalam golongan kategori keluarga b40.

Kepada permohonan fasa 2 ini, ia dibuka bermula pada tarikh 1 Ogos sehingga 30 September 2022. Anda boleh mengemukan permohonan di sistem peranti siswa – https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan untuk membantu mereka yang berkaelayakan dan memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila kelaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button