BANTUANPersediaan Ramadhan

Bantuan Persediaan Ramadhan 2024 : Telah Mula Diagihkan

Bantuan Persediaan Ramadhan 2024 bernilai RM400 telah mula diagihkan secara berperingkat kepada penerima yang berkelayakan. Inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini merupakan salah satu insentif yang disalurkan pada bulan ini.

BANTUAN PERSEDIAAN RAMADHAN 2024

Pelbagai jenis program pemberian sumbangan bantuan kewangan telah mula dilancarkan pada tahun ini. Salah satu insentif bantuan yang telah disalurkan berperingkat adalah bantuan persediaan ramadhan 2024.

Pihak kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperkenalkan program bantuan persediaan ramadhan sesi 2024. Pembayaran telah mula diagihkan secara berperingkat kepada mereka yang berkelayakan.

Jumlah kadar bantuan adalah sebanyak RM400 bagi setiap ketua keluarga yang tergolong dalam kumpulan sasar asnaf. Manakala bantuan tambahan RM100 akan diberikan kepada golongan isi rumah sebagai persediaan menjelang sambutan bulan puasa yang bakal tiba.

PENERIMA BANTUAN RAMADHAN 2024

Untuk kategori penerima golongan asnaf miskin akan menerima bantuan RM250 bagi setiap ketua keluarga dan isi rumah akan menerima tambahan RM100 seorang. Pihak kerajaan negeri melalui zakat Melaka memperuntukan sekitar 6.5 juta untuk disalurkan kepada lebih 10 ribu golongan memerlukan di negeri tersebut.

Pada waktu yang sama, kerajaan negeri Melaka juga telah memperkenalkan bantuan khas kewangan (BKK) berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM2,000. Insentif istimewaa ini akan dikreditkan kepada kakitangan awam termasuk dalam lantikan kontrak.

Dengan adanya insentif sumbangan ini dapat meringankan beban rakyat yang berada dalam sektor kerajaan. Atas keprihatinan kerajaan negeri, program bantuan khas bonus ini telah diumumkan dan memberi manfaat kepada rakyat negeri Melaka.

INISIATIF DALAM BELANJAWAN 2024

Kepada yang terlepas pandang, pelbagai jenis inisiatif bantuan telah diperkenalkan pada persidangan Belanjawan 2024 oleh kerajaan negeri dan persekutuan. Pada tahun ini banyak program telah ditawarkan bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan kurang berkemampuan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button