BANTUANFasa 1STRSTR 2024SumbanganTunaiRahmah

Rasmi : Bayaran Bantuan STR Fasa 1 Dikreditkan Bermula Hari Ini

Rasmi : Bayaran Bantuan STR fasa pertama (1) dikreditkan bermula hari ini (29 Januari 2024) secara berperingkat ke seluruh penerima. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2024.

RASMI : BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 1

Untuk makluman umum, pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini telah memasuki tahun kedua perlaksanaan. Mengikut jadual asal, bayaran STR fasa pertama tahun 2024 diberikan pada bulan Februari, atas keprihatinan kerajaan telah mengawalkan pemberian.

Bermula hari ini, rakyat Malaysia sudah boleh membuat semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah secara online. Bagi mereka yang tiada kad bank, tebus secara tunai boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan jangan lupa membawa kad pengenalan sebagai semakan.

KADAR BANTUAN TUNAI STR & KATEGORI TERLIBAT

Kategori penerima yang terlibat adalah kesemua, terdiri daripada bujang, warga emas dan keluarga (isi rumah). Manakala jumlah kadar bayaran pula dibayar sehingga RM500, amaun bergantung kepada kategori seperti dibawah.

ISI RUMAH/ KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500 KEBAWAH)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM500

ISI RUMAH/ KELAURGA M40 (PENDAPATAN RM5,000 KEBAWAH)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM300

WARGA EMAS (60 TAHUN) & BUJANG (21- 59 TAHUN)

  • Warga emas tiada pasangan : RM150
  • Belia bujang : RM100

PANDUAN SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR

Pembayaran insentif khas bantuan tunai STR ini telah mula dikreditkan secara berperingkat seluruh Malaysia. Kepada penerima anda disarankan membuat semakan status bayaran bagi mengetahui kadar yang sepatutnya anda dapatkan.

Jumlah bantuan STR pada tahun ini mungkin berbeza berbanding tahun lalu yang anda terima selepas kemaskini maklumat. Untuk semakan status, sila layari laman utama bantuan tunai – STR 2024

Dijangkakan pengagihan pembayaran bantuan kewangan STR ini akan selesai sebelum pertengahan bulan Februari 2024. Kepada mereka yang masih belum terima bayaran diharap bersabar kerana pemberian dilakukan secara berperingkat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif khsusnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button