BANTUANBAPBelanjawan 2024

BAP 2024 : Bantuan RM150 Telah Mula Disalurkan Berperingkat

BAP 2024 : Bantuan RM150 secara one-off telah mula disalurkan secara tunai dan kredit ke dalam akaun murid secara berperingkat. Untuk sedia maklum, pemberian inisiatif khas ini adalah merupakan salah satu bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN RM150 (BAP 2024)

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diteruskan pada tahun ini. Perkara ini telah dimaklumkan dalam kenyataan rasmi media KPM.

Belanjawan 2024 telah memperuntukan sekitar RM788,130,000 khas untuk tujuan program bantuan awal persekolahan ini. Pemberian ini akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 pelajar/ murid dengan kadar bantuan tunai RM150 secara sekali bayar.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN BAP 2024

Bantuan bernilai RM150 seorang ini akan diberikan berperingkat mengikut kawasan dan ianya disalurkan kepada pihak sekolah. Insentif RM150 ini akan diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun masing-masing.

Dengan adanya pemberian bantuan istimewa ini, pihak kerajaan percaya dapat membantu sedikit sebanyak kepada keluarga. Bagi meringankan beban kos pembelanjaan bagi kelengkapan anak-anak memasuki sesi persekolahan tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN ASAS BANTUAN RM150 (BAP)

Berdasarkan tahun lalu, pemberian bantuan khas RM150 one-off ini diberikan kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau setaraf dengannya
  • Pelajar bagi sesi tahun 2023/ 2024
  • Individu yang bersekolah di sekolah jenis SK, SBK, Sekolah agama, sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, sekolah intergriti, bimbingan jalinan kasih dan henry gurney.

SEMAKAN STATUS PEMBERIAN BANTUAN 2024

Untuk kemaskini maklumat terkini, banyak kawasan sekolah yang telah mula menyalurkan bantuan ini kepada para pelajar. Kepada ibu bapa yang masih belum mendapati anak mereka masih belum terima, sebarang pertanyaan boleh rujuk pada pihak sekolah masing-masing.

Bagi semakan lebih terperinci berkenaan informasi program bantuan awal persekolahan, sila ke laman utama – Belanjawan 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak kemudahan serta insentif bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button