BANTUANSARASTRSumbangan Asas RahmahSumbanganTunaiRahmah

Rasmi : Bantuan STR & SARA Mula Dibayar Kepada Rakyat

Rasmi : Bantuan STR & SARA telah mula dibayar secara pengkreditan berperingkat kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat. Untuk makluman, pemberian ini sudah memasuki tahun kedua dilaksanaan oleh kerajaan perpaduan.

RASMI : BANTUAN STR & SARA (FASA 1)

Kepada mereka yang terlepas pandang, terdapat 2 pemberian bantuan yang disalurkan pada bulan ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 telah dikreditkan bermula 29 Januari 2024.

Manakala Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam mykad penerima STR miskin dan miskin tegar telah diagihkan bermula pertengahan bulan Januari ini. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah bayaran bantuan kewangan ini sehingga RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR & SARA (FASA 1)

Jumlah bayaran yang diberikan bagi fasa pertama bantuan tunai STR dan SARA adalah berbeza mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak. Bagi Sumbangan Asas Rahmah, pengkreditan RM100 sebulan bagi isi rumah dan bujang RM50 sebulan sehingga Disember 2024.

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula, kategori isi rumah B40 menerima bayaran fasa 1 berjumlah RM500. Kategori isi rumah M40 menerima pada kadar RM100 – RM300, jumlah bergantung bilangan anak.

Bagi penerima yang berada dalam kategori belia bujang mendapatkan RM100 dan RM150 untuk penerima kategori warga emas tiada pasangan. Untuk STR, individu perlu kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan seperti status perkahwinan.

Program pemberian SARA pula diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan dan tiada sebarang permohonan perlu dilakukan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR & SARA

Bermula hari ini, setiap warganegara Malaysia yang terlibat, anda boleh membuat semakan status bayaran STR secara online melalui laman utama MySTR. Untuk pemberian SARA, jika anda penerima STR, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan melalui portal rasmi –  MyKasih (SARA)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button