BANTUANBINGKASeWallet

eWallet 2024 : Bantuan RM300 Ditawarkan Untuk Keluarga B40

eWallet 2024 : Bantuan RM300 ditawarkan untuk golongan keluarga B40 yang memerlukan dan berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini diberikan secara bulanan dalam bentuk bantuan barangan keperluan asas isi rumah.

BANTUAN EWALLET RM300 TAHUN 2024

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Pada tahun lalu, peruntukan disasarkan memberi manfaat kepada sekitar 30,000 keluarga yang berkeperluan.

Pemberian bantuan khas ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk bantuan eWallet yang bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Insentif tambahan ini ditawarkan dan diberi keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan dan pendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

MANFAAT BANTUAN EWALLET 2024

Berikut adalah beberapa manfaat yang ada dalam program bantuan khas Bingkas tahun ini seperti dibawah :

  • Segala urusan pembelian dilaksanan secara tanpa tunai (cashless)
  • Bantuan ewallet boleh dibelanjakan di kedai runcit dan pasaraya berdaftar
  • Had bulanan bagi pembelanjaan barangan keperluan asas adalah berjumlah RM300 (Ditambah nilai secara automatik setiap bulan)
  • Baki amaun bantuan bulan sebelum tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.

SYARAT KELAYAKAN ASAS BANTUAN EWALLET RM300

Terdapat beberapa kriteria kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memohon bantuan khas ewallet (kehidupan sejahtera) ini seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan
  • Golongan keluarga B40
  • Lahir di Selangor atau telah menetap di negeri Selangor melebihi tempoh 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN RM300

Kepada mereka yang berkelayakan dan kurang berkemampuan, permohonan bantuan khas RM300 ini masih dibuka pada waktu ini. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – BINGKAS

Untuk pemohon, jangan lupa sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan berkaitan. Perkara ini adalah untuk memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan oleh pihak berwajib.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan melalui pelbagai agensi telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button