BANTUANBelia

Bantuan Kewangan HPIPT RM 1,000 Tahun 2022

Untuk makluman umum, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu meringankan beban rakyat. Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan ialah Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi atau lebih dikenali sebagai HPIPT Selangor.

Pengenalan

HPIPT adalah bantuan kewangan sebanyak RM 1,000 kepada para pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke mana-mana Institusi IPTA atau IPTS di dalam Negara Malaysia. Jika anda mempunyai anak atau saudara autau kenalan yang ingin melanjutkan pengajian sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan di bawah.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan untuk permohonan bantuan HPIPT 2022 :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah – Pemohon, Ibu Bapa
  • Pemohon/ Pelajar lahir atau menetap di Negeri Selangor
  • Bapa atau Ibu (Penjaga) menetap di Negeri Selangor
  • Bapa atau ibu telah bermaustatin dan menetap di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 11 tahun
  • Pemohon bersekolah di Negeri selangor dan bermaustatin sekurang-kurangnya 11 tahun
  • Menerima surat tawaran memasuki semester pertama
  • Menerima surat tawaran melanjutkan pengajian tinggi sepenuh masa
  • Pemohon sudah mendaftarkan diri di Institusi bagi memulakan sesi pengajian
  • Permohonan ini hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja
  • Pelajar / Pemohon harus memiliki Sijil Pelajaran Malaysia – SPM
  • Pendapatan isi rumah keluarga atau penjaga pemohon RM 5,000 dan ke bawah
Panduan Cara Memohon

Jika anda menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan secara atas talian (Online) melalui Pautan Rasmi sistem permohonan HPIPT – DI SINI

Selepas anda mendaftar dan telah  melengkapkan permohonan secara online, seterusnya anda perlu menghantar salinan asal borang pengesahan HPIPT  yang telah disahkan oleh pihak IPTA atau IPTS kepada urus setia melalui secara menghantar terus atau mengunakan perkhidmatan Pos.  Anda perlu menghantar sebelum tempoh tarikh tutup ke alamat HPIPT seperti di bawah :

Alamat HPIPT Selangor

Urus Setia Hadia Pengajian Tinggi IPT

Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin

Abdul Aziz Shah , 40503 Shah Alam , Selangor

Kepada yang layak akan menerima pembayaran melalui nombor akaun Bank yang telah diberikan dalam permohonan. Anda disarankan membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat terperinci berkenaan bantuan kewangan HPIPT Selangor ini, sila ke Portal Rasmi HPIPT yang telah disediakan – DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button