BANTUANFASA 3STR

Bantuan Tunai Fasa 3 : Senarai Penerima & Jadual Bayaran

Bantuan tunai fasa 3 Sumbangan tunai rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif khas yang akan dibayar tidak lama lagi kepada rakyat Malaysia. Untuk makluman, fasa 3 akan melibatkan kategori penerima bujang, warga emas dan isi rumah dengan kadar bantuan yang berbeza.

BANTUAN TUNAI FASA 3 (STR)

Untuk pengetahuan umum, pembayaran bagi bantuan tunai STR fasa 1 dan 2 telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2023. Kadar bayaran fasa 1 adalah sebanyak RM100 – RM300 dan fasa 2 sebanyak RM100 – RM200.

Yang menarik jumlah bayaran yang akan diterima pada bayaran fasa seterusnya ini adalah dalam jumlah yang lebih banyak berbanding fasa sebelum ini. Di ruangan bawah telah disediakan kadar bayaran lengkap yang akan diterima mengikut kategori yang terbabit.

KADAR BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI

Berikut disediakan maklumat berkenaan senarai penerima dan kadar jumlah yang akan diterima oleh rakyat mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN DI BAWAH RM2,500)

  • Tiada anak – RM300
  • Mempunyai anak (1-2 orang) – RM400
  • Mempunyai anak (3-4 orang) – RM600
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) – RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 HINGGA RM5,000)

  • Tiada anak – Tiada bayaran (0)
  • Mempunyai anak (1-2 orang) – RM150
  • Mempunyai anak (3-4 orang) – RM200
  • Mempunyai anak (5 dan lebih) – RM250

KATEGORI BUJANG / BUJANG OKU

  • RM150 seorang

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200 seorang

Nota tambahan : Kepada penerima sedia ada bagi kategori bujang, pembayaran hanya akan diberikan sehingga fasa ketiga (3) sahaja. Bayaran STR fasa 4 kategori bujang tidak akan menerima bayaran.

JADUAL BAYARAN

Untuk makluman, bayaran bantuan tunai fasa 3 STR akan mula diagihkan pada bulan Julai 2023. Kaedah bayaran akan dijalankan sama seperti fasa sebelumnya iaitu secara kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

Untuk semakan status bayaran STR anda, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada bulan Mei ini terdapat beberapa inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila semak senarai inisiatif yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button