ANISBANTUAN

Skim Bantuan Kewangan Khas RM 5,000 Secara One-off

Untuk makluman umum, pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk tunai.

Salah satu bantuan yang terdapat pada tahun ini ialah Skim Bantuan Anak Istimewa Selangor atau lebih dikenali sebangai ANIS 2022. Ramai yang telepas pandang, program skim bantuan ANIS ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan sehingga tahun ini masih diteruskan perlaksanaannya.

Skim Bantuan ANIS

Bagi keluarga yang layak skim bantuan ANIS akan menerima bantuan sebanyak RM 5,000 secara one-off / sekali bayar sahaja. Bantuan ini merupakan insentif dari pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) untuk tahun ini.

Skim insentif ini terbuka kepada keluarga atau pemohon yang mempunyai tanggungan anak golongan OKU dengan tujuan bagi mengurangkan pembelanjaan dalam segi pengurusan anak tersebut.

Cara Mohon

Jika anda berkelayakan dan berminat, permohonan bantuan ANIS ini boleh dibuat secara online melalui Laman Rasmi Bantuan ANIS – DI SINI

Syarat Kelayakan Bantuan ANIS

  • Terbuka kepada individu / pemohon yang berstatus warganegara Malaysia
  • Merupakan penjaga yang lahir di negeri Selangor dan sedang menetap di negeri Selangor
  • Ibu bapa atau penjaga yang merupakan pengundi di negeri Selangor
  • Penjaga yang bukan berasal dari negeri Selangor tetapi sudah menetap di Selangor lebih dari 10 tahun
  • Ibu bapa / penjaga yang mempunyai tanggungan anak OKU yang berusia 18 tahun dan kebawah
  • Anak mempunyai kad OKU yang sah dikeluarkan oleh pihak JKM
  • Sekiranya tidak mempunyai kad OKU, sila sediakan surat pengesahan doktor.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan ini, anda boleh layari Portal Rasmi Skim Bantuan ANIS bagi merujuk butiran lebih berkenaan insentif tersebut – DI SINI

Maklumat Lanjut

Selain daripada Bantuan ANIS, pelbagai jenis bantuan yang terdapat pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan dari pihak Kerajaan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button