BANTUANBSHSara HidupVeteran

Rasmi : Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan Ditawarkan JHEV

Rasmi : Bantuan Sara Hidup atau lebih dikenali (BSH) adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan RM300 sebulan. Untuk makluman, insentif khas ini dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) kepada mereka yang berkelayakan.

RASMI : BANTUAN SARA HIDUP 2023

Pengumuman pihak kerajaan mengenai inisiatif bantuan sara hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan ini adalah merupakan berita gembira bagi golongan yang terlibat. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan BSH ini.

Pemanjangan insentif istimewa ini sebanyak RM300 sebulan bagi veteran tidak berpencen pada umur 60 tahun berbanding umur 80 tahun tahun lalu. Untuk sedia maklum, pemanjangan BSH ini akan berkuatkuasa pada September 2023 dan akan memberi manfaat kepada sekitar 42 ribu penerima.

Perlaksanaan bantuan sara hidup ini adalah bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan perkhidmatan veteran tidak berpencen. Di atas jasa, khidmat bakti serta pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan dalam negara tercinta ini.

KADAR BANTUAN SARA HIDUP

Seperti sedia maklum, kadar bantuan BSH ini adalah sebanyak RM300 sebulan. Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima insentif berkuatkuasa selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran dilakukan.

Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut bagi memastikan sama ada penerima BSH masih berhak dan layak diteruskan bayaran bantuan atau sebaliknya.

SYARAT KELAYAKAN BSH 

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan BSH ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Had umur yang layak dipertimbangan BSH adalah 60 tahun dan ke atas
  • Bekas anggota tetap angkatan tentera Malaysia
  • Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah yang berkhidmat sepenuh masa
  • Bekas tentera british yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau ranger di Serawak termasuk Singapura
  • Tiada diberhentikan disebabkan kes tartatertib
  • Balu yang telah berkahwin semula tidak layak mohon
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur 18 tahun dan kebawah, 21 tahun dibenarkan masih belajar

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada rakyat yang memerlukan dan berkelayakan untuk mendapatan bantuan BSH ini, permohonan boleh dilakukan segera. Panduan lengkap dan borang permohonan boleh dimuat turun, sila layari laman rasmi Bantuan Sara Hidup JHEV – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini khusus untuk kumpulan B40 dan miskin. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button