BANTUANe-DompeteTunaieWallet

Bayaran Bantuan ETunai RM200 Diberikan Jun Ini

Bayaran bantuan etunai belia rahmah telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023. Untuk makluman, pemberian bantuan berjumlah RM200 seorang ini akan dilaksanakan pada bulan ini iaitu Jun 2023.

BAYARAN BANTUAN ETUNAI 2023

Berita gembira untuk rakyat Malaysia, pada bulan ini satu lagi inisiatif berbentuk bantuan ewallet yang akan ditawarkan bernilai RM200 seorang. Pemberian ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta penerima yang terdiri daripada golongan belia B40 dan mahasiswa.

Tujuan utama perlaksanaan program khas ini selain daripada membantu meringankan beban, ia juga bagi memupuk budaya pembelian tanpa tunai  bagi golongan muda. Apa yang lebih menarik, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan etunai edompet ini akan diperluaskan kepada mahasiswa tanpa mengira had umur.

KADAR & JADUAL BAYARAN BANTUAN

Kadar pemberian bantuan edompet ini telah dinaikkan pada tahun ini sebanyak RM200 berbanding tahun sebelum ini RM150. Jadual pemberian bantuan ini telah diumumkan akan dilancarkan pada bulan Jun ini, tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumumkan kerajaan.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN 

Dibawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan bagi bantuan etunai RM200 seperti berikut :

  • Golongan Belia
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-20 tahun
  • Diperluaskan untuk golongan mahasiswa tanpa mengira had kelayakan umur

Nota : Dijangka pemberian bantuan khas ini akan diberikan dengan cara tebus melalui aplikasi pilihan seperti Bigpay, Shopeepay, grabpay dan Touch N go ewallet. Bantuan khas ini telah diperkenalkan pada sidang BELANJAWAN 2023 pada Februari lalu.

Selain daripada bantuan etunai, bantuan lain juga telah diperkenalkan oleh kerajaan yang bakal dilaksanakan pada tahun ini. Seperti bantuan tanggungan ujian lesen memandu, insentif tambahan RM500 KWSP, inisiatif menu rahmah dan lebih banyak lagi bagi memberi manfaat untuk rakyat.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis inisaitif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button