BANTUANFasa 1STRSTR 2024

Pemberian STR Fasa 1 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran

Pemberian STR Fasa 1 bakal dikreditkan dan boleh ditebus secara tunai di cawangan BSN tidak lama lagi bermula bulan hadapan. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa berbentuk bantuan tunai ini secara rasmi akan terus dilaksanakan pada tahun 2024.

PEMBERIAN STR TAHUN 2024 (FASA 1)

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah akan dilancarkan pada tahun ini. Apa yang menarik adalah pihak kerajaan telah menambahbaik bantuan STR dari segi jumlah bayaran.

Bukan itu sahaja, pemberian insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada sekitar 700,000 penerima STR. Dibanding tahun lalu, hanya kategori miskin tegar yang layak menerima insentif tambahan ini, namun atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk memberikan kepada kategori isi rumah dan bujang.

Kadar jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah sesi tahun 2024 adalah sehingga RM3,700 dalam pecahan 4 fasa bayaran. Jumlah juga adalah berbeza bergantung kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

PEMBERIAN STR FASA 1 (TARIKH & JUMLAH BAYARAN)

Pihak kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa tarikh pengagihan bantuan kewangan STR akan disalurkan sebelum bulan ramadan iaitu Februari 2024. Pengkreditan ke dalam akaun dan tebus tunai akan mula dilancarkan selewat-lewatnya penghujung bulan depan.

Kepada yang terlepas pandang dan tidak tahu, kadar jumlah bayaran yang akan dibayar pada fasa pertama (1) nanti mengikut kategori adalah seperti dibawah.

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 (B40)

  • Tiada anak : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (Lebih 5) : RM500

KELUARGA/ ISI RUMAH PENDAPATAN RM5,000 (M40)

  • Tiada anak : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (Lebih 5) : RM300

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN DAN KEATAS)

  • RM150 seorang

BELIA BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM100 seorang

Nota tambahan : Pemberian Sumbangan Asas Rahmah bagi kategori miskin tegar telah mula dikreditkan dalam mykad penerima bermula Januari sehingga Disember 2024. Kadar amaun diberikan adalah RM100 sebulan, untuk kategori lain akan dimaklumkan kelak.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI BANTUAN STR 2024

Kepada penerima sedia ada tahun lalu, semakan dan kemaskini maklumat terkini sedang dibuka dan boleh dilakukan secara online. Tujuan pengemaskini maklumat adalah supaya setiap penerima dapat jumlah bayaran bantuan STR yang bersesuaian dengan status.

Untuk semakan status dan pendaftaran permohonan baru, panduan telah disediakan di laman rasmi bantuan tunai STR 2024 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button