BANTUANFasa 2STR

STR Fasa Kedua : Jadual & Jumlah Bayaran

STR fasa kedua bakal diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia mengikut kategori kelayakan dengan jumlah bantuan yang telah ditetapkan. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah memperkenalkan pemberian Sumbangan tunai rahmah (STR) pada tahun 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Untuk makluman, pemberian inisiatif bantuan STR ini diberikan kepada mejoriti rakyat Malaysia yang memerlukan terdiri daripada golongan B40 dan miskin. Penerima STR berdasarkan BKM 2022, manakala kategori yang terlibat menerima insentif khas STR ini terdiri daripada golongan bujang, warga emas dan isi rumah.

Bermula 17 Januari 2023, pembayaran STR fasa 1 telah diberikan kepada penerima secara berperingkat melalui kredit terus ke dalam akaun dan tebus tunai di kaunter BSN seluruh negara. Kini ramai yang menantikan pembayaran fasa seterusnya.

JUMLAH BAYARAN STR FASA KEDUA

Berikut telah disediakan jumlah bayaran STR fasa kedua mengikut kategori kelayakan seperti dibawah :

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN RM2,500 KEBAWAH

  • Tiada anak : RM200
  • 1-2 bilangan anak : RM200
  • 3-4 bilangan anak : RM200
  • 5 keatas bilangan anak : RM200

ISI RUMAH PENDAPATAN BULANAN RM2,500 – RM5,000

  • Tiada anak : RM200
  • 1-2 bilangan anak : RM200
  • 3-4 bilangan anak : RM200
  • 5 keatas bilangan anak : RM200

KATEGORI BUJANG

  • RM100

KATEGORI WARGA EMAS (BUJANG)

  • RM100

Nota : Kepada kategori isi rumah yang tergolongan dalam kumpulan miskin tegar (data e-kasih) layak menerima insentif STR tambahan bernilai RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

JADUAL BAYARAN STR FASA KEDUA

Untuk sedia maklum, masih belum ada lagi kenyataan rasmi berkenaan tarikh bayaran STR fasa 2. Dijangkakan pemberian fasa berikutnya akan diberikan pada bulan April atau sebelum raya puasa. Segala maklumat terkini berkenaan STR fasa 2 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI MAKLUMAT

Bermula 1 sehingga 30 Mac, permohonan baru dan kemaskini maklumat terkini telah dibuka sebelum pembayaran fasa berikutnya. Jika anda ingin membuat pengemaskinian maklumat atau pendaftaran permohonan baru. Sila layari portal rasmi – MYSTR

INFO LANJUT

Pada tahun 2023, selain daripada STR terdapat inisiatif lain yang telah disediakan oleh kerajaan terutama bantuan kewangan untuk rakyat yang berkelayakan memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button