BANTUANBWEJKM

Cara Memohon Bantuan BWE RM500 Sebulan : Semak Kelayakan

Cara memohon bantuan BWE bernilai RM500 sebulan telah dimaklumkan oleh kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk makluman, program skim bantuan kebajikan ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan.

PROGRAM BANTUAN BWE 

Perlaksanaan program skim bantuan warga emas (BWE) adalah bagi meringankan beban kewangan mereka yang berkeperluan. Dengan adanya inisiatif khas ini dapat membantu warga emas bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti masyarakat hari ini.

Kadar yang diberikan kepada pemohon yang layak adalah berjumlah RM500 dan akan dikreditkan secara setiap bulan. Untuk makluman, pihak JKM telah membuat permohonan bantuan BWE ini sepanjang tahun ini kepada mereka yang berkelayakan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas telah ditetapkan bagi permohonan bantuan warga emas seperti berikut :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi (PGK)
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Golongan warga emas/ orang tua
  • Individu yang bukan menetap di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan perkhidmatan percuma.

KADAR BANTUAN YANG DITAWARKAN

Untuk sedia maklum, kadar bayaran bantuan kewangan warga emas (BWE) adalah sebanyak RM500 sebulan. Jumlah tersebut akan diberikan setiap bulan kepada penerima yang layak.

CARA MEMOHON BANTUAN BWE 2023

Kepada yang berkelayakan atau mempunyai kenalan yang menepati syarat diatas, permohonan boleh dilakukan pada tahun ini. Panduan cara memohon bantuan BWE RM500 sebulan telah disediakan, sila layari laman rasmi BWE JKM – DI SINI

Bukan ini sahaja, terdapat banyak lagi insentif yang ditawarkan dalam skim bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh JKM. Senarai bantuan yang boleh dimohon jika berkelayakan adalah seperti berikut :

  1. Bantuan kanak-kanak (BKK)
  2. Bantuan am persekutuan (BA)
  3. Elaun pekerja cacat (EPC)
  4. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja (BTB)
  5. Bantuan warga emas (BWE)
  6. Bantuan anak pelihara (BAP)
  7. Bantuan geran pelancaran (GP)
  8. Bantuan latihan perantis (BLP)
  9. Tabung bantuan segera (TBS)
  10. Bantuan alat tiruan (BAT)

Info : Setiap kategori, syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah berbeza mengikut yang telah ditetapkan oleh JKM.

INFO LANJUT

Selain cara mohon bantuan BWE, terdapat lebih banyak inisiatif bantuan kewangan yang boleh dimohon oleh rakyat terutama golongan B40 dan miskin. Sila lihat senarai bantuan kerajaan yang berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button