Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300 Sebulan : Cara Pendaftaran
Bantuan Kehidupan Sejahtera bernilai RM300 sebulan adalah merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam bentuk ewallet. Bagi makluman umum, permohonan bantuan khas ini dibuka sepanjang tahun ini kepada mereka yang berkelayakan memerlukan.
BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA
Untuk pengetahuan, kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program BINGKAS atau lebih dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Selangor. Tujuan utama perlaksanaan program khas ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak pernah mengenal penat lelah untuk menguruskan hal ehwal keluarga.
Program bantuan kehidupan sejahtera ini telah meluaskan capaian dan menambahbaik inisiatif terdahulu iaitu Program kasih ibu smart Selangor (KISS) dan (KISS IT) ibu tunggal.
Program ini dilaksanakan pada tahun ini adalah bagi memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan ibu malah seisi keluarga dapat merasai. Bantuan khas ini telah diumumkan oleh oleh Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari.
KADAR BANTUAN
Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bantuan kehidupan sejahtera Selangor (BINGKAS) pada kadar RM300 sebulan. Jumlah keseluruhan insentif khas ini adalah RM3,600 untuk setahun.
CARA PERMOHONAN
Untuk makluman, permohonan boleh dilakukan secara online oleh mereka yang berkelayakan. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi BINGKAS – DI SINI
Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, sila lampirkan dokumen yang diperlukan seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan (Pemohon/ pasangan)
- Salinan kad pengenalan, MyKid atau surat kelahiran anak/ tanggungan
- Salinan slip gaji untuk penjawat awam
- Salinan pencen terkini untuk pesara
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
SYARAT PENDAFTARAN
Berikut adalah syarat-syarat pendaftaran permohonan bantuan BINGKAS 2023 yang telah ditetapkan seperti di bawah :
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan / B40
- Warganegara Malaysia
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
- Lahir di Selangor atau sudah menepat melebihi 10 tahun di negeri Selangor
- Pemilih berdaftar di Selangor
Nota : Setiap permohonan akan disemak oleh Selcare dan ADUN dan pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui e-mel.
INFO LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat dan negeri pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila semak senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.