BANTUANZAKAT

Bantuan Zakat Peduli RM600 Secara One-off

Bantuan zakat peduli adalah merupakan inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri pada tahun 2023. Untuk makluman, pemberian bantuan ini untuk rakyat yang memerlukan dan menepati syarat kelayakan.

Permohonan bantuan zakat sebanyak RM600 secara sekali bayar ini dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2023. Di halaman ini telah dikongsikan maklumat berkenaan bantuan khas ini.

BANTUAN KEWANGAN ZAKAT

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan negeri Selangor telah menyediakan sebuah inisiatif berbentuk kewangan iaitu Bantuan zakat peduli di bawah lembaga zakat negeri Selangor (LZS).

Pemberian bantuan ini akan diberikan kepada yang berkelayakan mendapatkannya sebanyak RM600. Bantuan ini diberikan secara sekali bayar (one-off) kepada penerima. Bantuan ini khas untuk kumpulan memerlukan dan miskin tegar.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Untuk makluman, bantuan ini diperkenalkan bagi membantu golongan miskin, fakir miskin dan mereka yang terjejas akibat bencana banjir. Berikut telah disediakan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan untuk permohonan bantuan zakat ini seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Berstatus agama islam
  • Merupakan anak kelahiran negeri Selangor
  • Bermastautin di negeri Selangor melebihi 3 tahun.

KADAR BAYARAN BANTUAN

Bagi pemohon yang layak, anda akan menerima insentif khas zakat peduli sebanyak RM600 secara one-off pada tahun 2023.

PANDUAN PERMOHONAN

Jika anda berkelayakan atau mempunyai ahli keluarga yang memenuhi syarat, permohonan boleh dibuat secara online. Sila layari portal rasmi LZS PEDULI – DI SINI

Untuk permohonan, anda perlu sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, nombor akaun bank, muat naik dokumen dan pengesahan ketua masyarakat berdasarkan kategori permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman umum, masih belum terlambat bagi anda untuk mohon bantuan ini jika berkelayakan. Kerana kini permohonan masih dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2023.

Bagi pemohon yang layak, mereka akan menerima bantuan khas ini dalam tempoh 7 hari waktu bekerja dari tarikh kelulusan bantuan (boleh rujuk di laman rasmi LZS Peduli).

MAKLUMAT LANJUT

Pada awal tahun 2023, selain daripada bantuan zakat peduli RM600 ini. Terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi rakyat Malaysia yang memerlukan pada tahun ini.

Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button