BANTUANPPRRUMAH

Panduan Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan

Panduan permohonan rumah PPR telah disediakan di halaman ini. Untuk sedia maklum, anda boleh memiliki rumah dari Program Perumahan Rakyat (PPR) serendah RM124 sebulan.

PROGRAM RUMAH PPR 

Untuk makluman, program perumahan rakyat ini adalah merupakan sebuah program dari pihak kerajaan bagi penempatan semula setinggan. Program ini juga bagi memenuhi keperluan kediaman tempat tinggal bagi golongan berpendapatan rendah pada tahun ini.

Melalui program ini, Jabatan perumahan negara dibawah seliaan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) adalah merupakan agensi perlaksanaan utama bagi senarai projek perumahan PPR di seluruh Malaysia.

KATEGORI RUMAH PPR

Perumahan PPR terdiri daripada 2 jenis kategori iaitu PPR untuk dimiliki dan PPR untuk disewa. Tiada beza kedua-dua kategori rumah PPR dibina menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah. Perkara ini telah ditetapkan di dalam standard perumahan kebangsaan bagi jenis perumahan kos rendah rumah pangsa (CIS2) seluruh Malaysia.

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan dan panduan permohonan rumah PPR untuk dimiliki dan disewa. Jika anda berkelayakan atau mempunyai kenalan yang sedang mencari rumah mampu milik, permohonan PPR ini boleh dibuat secara online.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program rumah PPR seperti dibawah :

  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia
  • Pemohon wajib berumur 18 tahun dan keatas semasa pendaftaran permohonan
  • Rumah pertama (pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah)
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan kebawah
  • Pemohon perlu mengikuti syarat tambahan yang telah ditetapkan mengikut kerajaan negeri.

PANDUAN PERMOHONAN RUMAH PPR

Jika anda berminat, permohonan rumah PPR boleh dibuat secara online. Panduan telah disediakan seperti berikut:

  • Langkah pertama, sila layari portal rasmi TEDUH KPKT – DI SINI
  • Bagi yang belum mempunyai akaun SPRN, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
  • Selepas daftar, anda boleh log masuk portal TEDUH bagi meneruskan permohonan rumah
  • Langkah-langkah telah disediakan pada laman rasmi tersebut, anda hanya perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga selesai permohonan
  • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khas bahagian perancangan perumahan di 603-8891 4410.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif terutama bantuan berbentuk tunai untuk rakyat yang memerlukan. Terdapat beberapa bantuan kewangan telah disalurkan pada bulan Januari. Sekiranya anda terlepas pandang, sila – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh senarai bantuan yang ada pada tahun ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button