BANTUANRUMAHSmart Sewa

Perkhidmatan Bantuan Skim Smart Sewa Rumah Untuk B40

Tahukah anda, terdapat sebuah program telah disediakan iaitu dikenali sebagai skim Smart Sewa yang mana telah diperkenalkan oleh Kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan untuk memiliki rumah sendiri terutama kepada golongan sasar iaitu berpendapatan rendah dan sederhana.

Apakah Itu Skim Smart Sewa?

Skim Smart sewa adalah sebuah program dibawah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang akan menguruskan sepenuhnya proses skim smart sewa ini untuk diberikan sewa kepada golongan keluarga yang berkelayakan menerima bantuan ini.

Untuk maklumat, skim ini telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor bagi tujuan membantu rakyat yang berkelayakan untuk membuat deposit dalam urus beli rumah / kediaman sendiri.

Sewaan

Untuk tempoh sewaan smart sewa ini adalah minimum sewa selama 2 tahun dan maksimum sehingga 5 tahun.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon wajib merupakan warganegara Malaysia
  2. Pemohon merupakan isteri atau suami yang bekerja dan menetap di negeri Selangor
  3. Mempunyai pendapatan isi rumah dibawah RM 5,000 sebulan
  4. Berumur 18 tahun dan ke atas semasa permohonan dibuat
  5. Pemohon yang belum mempunyai rumah sendiri.

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan pemohon
  • Surat nikah (Jika ada)
  • Salinan penyata KWSP
  • Salinan penyata gaji minimum 3 bulan terbaru
  • Salinan bil utility elektrik atau air

Cara Permohonan Skim Smart Sewa

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan berminat untuk membuat permohonan, sila layari portal rasmi PHSSB untuk muat turun borang permohonan dan ikuti arahan sehingga selasai – KLIK DI SINI

Bagi syarat deposit untuk smart sewa ini termasuk sewaan dua bulan tambah sewa 1 bulan dan caj utiliti. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan smart sewa ini, anda boleh terus ke laman rasmi smart sewa – DI SINI atau anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi terus talian khas di – 03 5524 0233.

Tambahan

Anda boleh dapatkan pelbagai inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakkan untuk anda membuat permohonan pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button