BANTUANBLKMLesen Memandu

BLKM 2022 : Kerajaan Umum Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia

Tahukah anda, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah memperkenalkan sebuah skim bantuan berbentuk Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) yang diberikan kepada golongan sasar iaitu golongan miskin dan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 pada tahun ini.

Skim Bantuan BLKM ini adalah merupakan sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Untuk makluman umum, CSR telah dilaksanakan sejak dari tahun 1990 an menerusi program JPJ bersama rakyat sebelum namanya ditukar kepada Program 1 Komuniti 1 JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin pada tahun sebelum.

Menerusi kenyataan Perdana Menteri, perlaksanaan BLKM ini diberikan untuk golongan B40 dan masyarat orang asli yang mempunyai masalah kesulitan bagi mengikuti kelas memandu di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Syarat Kelayakan BLKM

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia yang sah
  • Individu berumur 18 tahun dan keatas
  • Tiada kecacatan fizikal
  • Sihat tubuh badan serta mental
  • Tiada disenarai hitam dari polis atau JPJ
  • Masih belum memiliki sebarang kad lesen memandu kenderaan

Kadar Bantuan BLKM

Untuk pengetahuan, melalui bantuan BLKM ini. Calon yang berkelayakan hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 seorang dan menghadiri khusus latihan secara singkat. Bagi makluman, kadar bayaran dikenakan jauh lebih rendah daripada kos sebenar yang dikenakan kepada individu yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu pada kadar bayaran sebanyak RM 750 seorang.

Cara Membuat Permohonan BLKM

Bagi yang menepati syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan. Dimaklumkan sehingga hari ini masih belum dinyatakan mengenai cara permohonan bantuan BLKM ini. Jangan risau, segala maklumat terkini berkenaan BLKM akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

Maklumat tambahan, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button