BANTUANrayuan strSTR

Kemaskini Rayuan Bantuan Tunai Ditutup 31 Julai : Semak Segera

Kemaskini rayuan bantuan tunai akan ditutup pada tarikh 31 Julai 2023, sila membuat semakan sebelum tarikh luput. Untuk makluman, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 3 telah mula diberikan pada 26 Jun lalu.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Pihak kerajaan telah melancarkan sebuah program inisiatif berbentuk kewangan pada tahun ini iaitu Sumbangan Tunai Rahmah. Menerusi pemberian bantuan ini akan melibatkan 3 kategori utama penerima iaitu Bujang, warga emas dan isi rumah.

Kadar bayaran yang ditawarkan adalah sehingga RM2,500 tambahan RM600 dengan jumlah keseluruhan RM3,100. Jumlah yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori kelayakan dan jumlah bilangan tanggungan anak.

Buat masa ini, pembayaran bagi STR fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telah dibayar iaitu pada Januari, April dan Jun 2023. Kini hanya berbaki satu sahaja lagi pembayaran yang akan dilakukan pada tahun ini.

Baru-baru ini, ramai penerima sedia ada yang mendapati mereka berstatus tidak lulus dan alasan telah dimaklumkan pada skrin semakan. Kepada mereka yang terlibat tidak perlu risau, kalian hanya perlu kemaskini rayuan bantuan tunai yang telah dibuka sehingga 31 Julai ini.

KEMASKINI RAYUAN BANTUAN TUNAI

Kepada mereka yang ingin membuat pengemaskinian maklumat masih belum terlambat, anda boleh membuat kemaskini rayuan bantuan tunai STR sebelum tarikh tutup penghujung bulan ini.

Untuk kemaskini makluman dan rayuan STR, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI , Rayuan ini boleh dilakukan secara online atau manual di pejabat LHDNM berdekatan.

Info : Pembayaran bagi rayuan STR yang lulus akan dibayar pada pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 iaitu dijadualkan pada bulan November nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan tunai STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini. Perkara ini adalah merupakan salah satu faktor keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini. Dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button