BANTUANJKM

Bayaran Bantuan Kewangan Sehingga RM1,000 Mula Dikreditkan April Ini

Bayaran bantuan kewangan sehingga RM1,000 mula dikreditkan pada bulan April oleh kerajaan melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk makluman, terdapat 9 jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM melalui skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh golongan yang memerlukan.

BAYARAN BANTUAN KEWANGAN JKM

Untuk sedia maklum, bantuan-bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditawarkan kepada golongan sasar yang berkelayakan. Bayaran bantuan kewangan JKM akan dibayar kepada pemohon yang layak secara setiap bulan.

Melalui 9 jenis bantuan yang disediakan, kadar bantuan adalah RM150 sehingga RM1,000 sebulan. Jumlah yang akan diterima bergantung kelayakan kategori permohonan. Bantuan kewangan khas JKM ini dilaksanakan adalah bagi tujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat berdasarkan 5 teras utama iaitu perlindungan, pencegahan, pemulihan, pembangunan dan pengintegrasian.

Di halaman ini dikongsikan beberapa jenis bantuan kewangan dibawah kendalian JKM yang boleh dimohon sekiranya berkelayakan.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Kadar bayaran yang ditawarkan dalam bantuan kanak-kanak ini adalah berjumlah RM150 seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun. Manakala RM200 untuk anak berumur 6 tahun dan ke bawah, jumlah bantuan maksimum bagi setiap 1 keluarga adalah sebanyak RM1,000 sebulan.

Perlaksanaan bantuan BKK ini adalah bagi membantu meringankan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan hidup anak-anak. Supaya tidak menjejaskan tumbesaran anak dan perkembangan anak.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Bantuan BWE ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun keatas (berstatus warga emas) yang kurang berkemampuan. Kadar bantuan BWE adalah sebanyak RM500 sebulan.

Inisiatif ini masih diteruskan oleh JKM adalah bagi membantu warga emas yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

SENARAI BANTUAN KENDALIAN JKM

Berikut adalah senarai bantuan bulanan JKM yang boleh dimohon rakyat yang berkelayakan seperti dibawah :

  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Anak pelihara
  • Elaun pekerja orang kelainan upaya (OKU)
  • Bantuan latihan perantis
  • Bantuan OKU terlantar / pesakit kronik terlantar.

Nota : Tarikh pembayaran bantuan JKM akan dibayar pada 1 -10 haribulan setiap bulan kepada pemohon yang layak. Bayaran akan dikreditkan secara automatik kepada penerima sedia ada.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan miskin dan memerlukan, anda boleh membuat semakan syarat kelayakan dan panduan permohonan mengikut kategori bantuan. Sila layari portal rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bayaran bantuan kewangan JKM, terdapat bantuan lain yang dibayar pada bulan April. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button