BANTUANe-Dompet

Bantuan E-Dompet Berjumlah RM200 Tahun 2023

Bantuan E-Dompet berjumlah RM200 telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan menerusi jenama kredit e-tunai belia rahamah. Untuk sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan tunai elektronik (e-dompet) akan diperluaskan kepada semua mahasiswa berbanding had umur ditetapkan sebelum ini.

BANTUAN E-DOMPET TAHUN 2023

Untuk makluman umum, pemberian bantuan e-dompet ini adalah sama seperti bantuan berbentuk ewallet tahun sebelum iaitu ePemula dan ebelia. Inisiatif ini ditawarkan kepada golongan belia bujang dan mashasiswa secara percuma bernilai RM200.

Tahun lalu bantuan ini diberikan sebanyak RM150 dan tahun ini telah dinaikkan kepada RM200 seorang dan telah diperluaskan kepada seluruh mahasiswa. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri dalam sesi dialog bersama Majlis perwakilan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.

Perlaksanaan inisiatif khas ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM400 juta dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta penerima pada tahun ini. Tujuan bantuan ini dilancarkan adalah bagi menggalakan urusan transaksi tanpa tunai oleh golongan belia.

KADAR BANTUAN

Bagi makluman, kadar bantuan e-dompet (kredit e-tunai belia rahmah) ini telah ditetapkan. Bantuan ini akan ditawarkan dengan jumlah RM200 setiap seorang.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bantuan e-dompet tahun ini telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Belia berumur 18 sehingga 20 tahun
  • Mahasiswa / pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun dan ke atas.

TARIKH BAYARAN BANTUAN E-DOMPET

Setakat ini masih belum diumumkan tarikh rasmi bayaran bantuan khas ini. Namun mengikut tahun lalu, bantuan epemula dilaksanakan pada bulan April 2022. Dijangkakan selepas raya atau pertengahan tahun ini kerajaan akan melancarkan bantuan kredit e-tunai belia rahmah ini.

Segala maklumat terkini mengenai bantuan ewallet ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat. Apa yang pasti bantuan khas ini akan diberikan pada tahun ini dan memberi manfaat kepada golongan belia mahasiswa. Kredit e-tunai belia rahmah telah dimaklumkan pada pembentangan BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Pada bulan ini, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai jenis bantuan berbentuk tunai bagi persediaan rakyat menyambut raya aidilfitri tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan tunai yang dibayar pada bulan ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button