BANTUANLesen Memandu

Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia B40 Tahun 2022

Untuk pengetahuan umum, pada tahun ini iaitu tahun 2022 terdapat perbagai program dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi keluarga Malaysia yang memerlukan. Satu program bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini iaitu Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BLKM. Di bawah telah disediakan informasi lengkap berkenaan bantuan ini.

Butiran BLKM 2022

Melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) sudahpun perkenalkan dan laksana satu program bantuan iaitu bantuan lesen keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BLKM 2022. Program bantuan ini lebih mensasarkan golongan keluarga B40 dan individu yang berpendapatan rendah bagi membantu memliki dan mendapatkan lesen memandu kelas B2 pada tahun 2022.

Tambahan, Program bantuan BLKM ini ialah merupakan satu skim program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tahun ini.

Berkenaan CSR ini telahpun diperkenalkan dan dilaksana sejak tahun 1990 menerusi program Rakyat bersama JPJ sebelum program ditukar nama kepada Program Satu Komuniti satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menerusi Perdana Menteri telah berkata, perlaksanaan program bantuan BLKM di khaskan khusus kepada golongan Keluarga Malaysia B40 turut termasuk kepada golongan masyarakat orang asli yang mempunyai masalah atau kesulitan bagi mengikuti kelas memandu di institusi latihan memandu bagi tujuan mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Kadar Bantuan

Melalui program bantuan BLKM ini, kepada penerima yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 sahaja setiap seorang dan menghadiri kursus latihan yang singkat.

Bayaran yang dikenakan ini jauh lebih rendah berbanding kos bayaran sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu dengan jumlah normal RM 750 setiap individu.

Cara Untuk Memohon ?

Untuk makluman umu, sehingga hari ini masih belum ada lagi kenyataan rasmi berkenaan cara permohonan bantuan BLKM ini. Tidak perlu khuatir, sebarang informasi berkenaan bantuan ini akan pihak kami kemaskini dari semasa ke semasa . Setakat ini pemilihan calon yabg layak bantuan ini terdiri daripada senarai penerima eKasih.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program bantuan BLKM ini atau mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk di talian tertera seperti di bawah :

  • No tel : 03 8000 8000
  • E-mel : [email protected]
  • Laman Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Media sosial Facebook : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Maklumat Lanjut

Sementara menunggu kenyataan rasmi berkenaan cara mohon bantuan BLKM ini, anda boleh semak senarai bantuan lain yang terdapat pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button